Friday 9 January 2015

Skincare

Hi ! Ok nak sambung entri semalam. Malas nak tangguh lagi dah sebabkan orang yang tanya tu still bertanya lagi. Nah ni spesel untuk kau tau. Hehehe. Sesiapa yang ikuti perkembangan persiapan kahwin me tu, nanti free sikit me update lagi yek. Mek, baca ni!

Actually aku sebelum ni pakai skincare daripada Klinik Kulit Pakar KO. Agak pemes jugak klinik ni tapi duit pun macam air lah jugak nak membayor nya. Lepastu macam mana entah aku try pakai produk yang ibu bawak balik haritu. So ni baru je start pakai yang lain pulak tapi harga untuk satu set lebih kurang je pun, tak jauh beza. Hahahaha. Aku keep on dengan yang ni sebab ni: (baca yang kotak merah tu)


So ini produk2 nya :
1) Cleansing set


Product Clinelle, brand dari negara mana pun aku lupa dah. Tapi carik je dekat Guardian tu sure ada. Farmasi pun banyak tau. Watsons tu tak pasti pulak. (Cariklah sendiri) hehehe. Cleansing ni ada 3 jenis ok which is Cleansing Gel (yang pencuci muka daily), Scrub, and Cleansing Milk. Tapi yang milk punya aku tak pakai sebab banyak sangat nak pakai nanti dah susah pulak kan. Untuk scrub tu pakai cuma seminggu sekali ya! Jangan pulak pakai daily, nanti habis sopak-sopak muka kau aku tak tanggung. Sebab scrub ni dia pakai setiap hari boleh buka liang roma muka korang tu. Haaaa so make sure seminggu sekali tau!

Note : Kalau dah beli scrub ni, belilah sekali dengan mask dia. Ada mask clinelle ni sebab lepas dah pakai scrub, pakai mask. Nanti mask tu akan tutup balik liang-liang pori yang terbuka dek kerana scrub tu. Tapi aku tak beli sebab tak rajin heheh. Aku buat mask sendiri jek.

2) Toner, Moisturizer, sunblock


Ok part ni pulak. Untuk toner, ada 2 jenis tapi aku lupa yang 1 lagi tu ape. Moisturizer pun ada 2 jenis jugak, 1 yang aku punya ni. Satu lagi moisturizer booster. Masa set trial tu aku beli dua2 terus. Bila dah beli terus product ni aku beli 1 jelah. Belilah ikut keperluan muka kau, jangan lak tamak beli semua. Tutup orange tu sunblock dia. Botol dia memang kecik cinonet camtu je, so aku pakai bila nak keluar je. Yang best sunblock ni dia boleh re-apply tau! So kalau kecik camtu, mudah kau masuk dalam beg kau, bawak pegi mana-mana. Sebab tu aku suka handbag besar gerobok, semua benda boleh masuk (tak kait. hahaha)

3) Blackheads, blemish clear, eye bright


Yang 3 items ni add on je senang citer. Ini ikut keperluan jugak. Macam aku, terlalu banyak jerawat pasir. So nak picit memang takleh, aku pakai blemish clear. Itu aku apply 3 kali sehari. Lepas zohor, Lepas asar, dan sebelum tidur.

Untuk eye bright tu, untuk hilangkan panda eye, ataupun eye bag yang macam nak rak londeh tu sampai kecoh sekampung. Hehehe. So apply eye bright tu lepas apply moisturizer semua alah tu.

Blackheads pulak, untuk yang muka banyak blackheads. Macam aku tak banyak, cuma part hidung je. Itu aku pakai pore packs je senang. Jimat duit aku! Ok dah tu je, sekian celoteh aku untuk segment petang ni. Chau Shin Chiiiii