Thursday, 22 January 2015

Caliph Buskers

Petang ni nak buat sketsa ala-ala sadiss sikit. (Ececeh taklah sedih sangat pon). Just nak luahkan rasa bangga dengan satu group yang hangat diperkatakan sekarang ni. CALIPH BUSKERS. Aku taknak pon komen pape pasal isu tentang aweera dibuang ke apa ke. Lantak dorang lah, bukan masalah aku. Hahaha. Caliph buskers ni melonjak naik lepas dorang nyanyi untuk AJL 29 baru-baru ni. Aku masa mula dorang ni menyanyi atas pentas tu aku dah mula suka dorang ni.

Paling menyentuh hati, masa vokalis dia masuk chorus part tu. Ya Allah, terus aku menangis weh. Bukan menangis apa, aku macam terfikir sekejap. Inilah dia kuasa Allah kan, Allah bagi dorang anugerah yang kita sendiri tak terfikir dek akal untuk gantikan kekurangan diri dorang. Masa tu aku dok fikir dorang ni cuma boleh mendengar sorakan yang kuat dalam dewan tu. Kalau lah dorang boleh nampak sorakan dan semangat yang diberikan dekat dorang, mesti dorang bangga. Indahnya percaturan Allah. Thankyou untuk Edri sebab dah mengenengahkan group Caliph Buskers ni yang pada asalnya dorang hanyalah penyanyi depan-depan shopping mall dekat area KL tu. Apapun aku sokong dorang ni. Lagu Romancinta pon dah diperbaharui oleh mereka-mereka yang sangat istimewa bagi aku.

video