Sunday, 22 December 2013

Untitled

Eat the damn chocolate cake, get your hair wet, love someone, dance in those muddy paddles, tells someone off, draw a picture with crayons like you're still six years old and then give it to someone who is very important to you. Take a nap, go on vacation, do a chartwheel, make your own recipe, dance like no one sees you, paint each nail with difference colour, take a bubble bath, laugh at a corny joke. Get on that table and dance, pick strawberries, take a jog, plant a garden, make an ugly shirt and wear it all day, learn a new language, write a song, date someone you wouldn't usually go for, make a scrap book, go on a picnic, relax in the sun, make your own home video, kiss the un-kissed, hug the un-hugged, love the unloved, and live your life to the fullest. So at the end of the dayyou'll have no regrets, no sorrows, no dissapointments.

Wednesday, 18 December 2013

By Marilyn Monroe


This life is what you make it. No matter  what, you are going to mess up sometimes, it's a universal truth. But the good part is you get to decide how you're going to mess it up. Girls will be your friends - they'll act like it anyway. But just remember; some come, some go. The ones that stay with you through everything - they are your true best friends. Don't let go of them. Also remember, sisters also make the best friends in the world. As for lovers, well they come and go too. And babe, i hate to say it, most of them actually pretty much all of them, are going to break your heart. But you can't give up because if you give up, you'll never find your soul mate. You'll never find that half who makes you whole and that goes for everything. Just because you fail once doesn't mean you are gonna fail at everything. Keep trying, hold on, and always always always believe in yourself, because if you don't, then who will, sweetie? So keep your head high, keep your chin up, and most importantly, keep smiling because life's a beautiful thing & there's so much to smile about.


By Marilyn Monroe

Monday, 16 December 2013

Clarity by Zedd

High dive into frozen waves
Where the past comes back to life
Fight fear for the selfish pain i
It was worth it every time
Hold still right before we crash,
'Cause we both know how this ends
A clock ticks 'till it breaks your glass a
And I drown in you again
'Cause you are, the piece of me,
I wish, I didn't need
Chasing, relentlessly,
Still fight and I don't know why
If our love, is tragedy,
Why are you my remedy?
If our love's, insanity,
Why are you my clarity?
If our love, is tragedy,
Why are you my remedy?
If our love's, insanity,
Why are you my clarity?
Walk on through a red parade, a
And refuse to make amends
It cuts deep through our ground and makes you
Us forget all common sense
Don't speak as I try to leave,
'Cause we both know what we'lld choose
If you pull, then I'll push too deep a
And I'll fall right back to you
'Cause you are, the piece of me,
I wish, I didn't need
Chasing, relentlessly,
Still fight and I Dont't know why
If our love, is tragedy,
Why are you my remedy?
If our love's, insanity,
Why are you my clarity?
Why are you my clarity?
Why are you my remedy?
Why are you my clarity?
Why are you my remedy?
If our love, is tragedy
Why are you my remedy?
If our love's, insanity
Why are you my clarity?

Sunday, 15 December 2013

To Encik Cinta

I can't promise you the whole world, but I can try to give you a very happy life.
I can't promise you I'll never yell but I can try patient most of the time.
I can't promise you I'll never make mistakes but I can try to correct my faults.
I can't promise you that I'll catch you every time you fall but I can try to always be close so I can help you back up.
I can't promise that our love will last forever like in storybooks but I can promise that no matter what I'll never forget the memories I made with you.





















Tuesday, 10 December 2013

Dear Future husband,

























I will cook, I will clean, I will shop, I will be the best housewife, ever, Insha'Allah.
I will dress up for you, I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be, Insha'Allah.
I will have as many children as you want, I will raise your children to be the best they can be, I will be the best mother, Insha'Allah.
As long as you promise me one thing, help me get to jannah

Qoutes
























Fall in LOVE or fall in HATE.
Get inspired or be depressed.
Ace a test or flunk a glass.
Make babies or make art.
Speak the truth or lie and cheat.
Dance on tables or sit in the corner.
Life is divine chaos. Embrace it.
Forgive yourself. Breathe.
And enjoy the ride.

I'm just a GIRL


I love being called pretty, but I'll never believe it.
I'm not always right, but hate admitting I'm wrong.
I'm almost always smiling, but it's not always real.
I can be read like an open book, but hide so much.
I work hard at things, but don't always get what I deserve.

I'M JUST A GIRL. 

Monday, 11 November 2013

Home-made chocolate moist


Assalamualaikum w.b.t

Entri kalini aku nak share dgn readers pengalaman aku sendiri buat chocolate moist cake. Actually benda ni lama dah aku nak buat sebabnya aku suka sangat chocolate ni. Memandangkan aku ni dah boring sangat duduk melepak dekat rumah, so aku cuba jugak ambik masa untuk cuba buat. Hee.

Ok, first thing, apa yang korang kena ada is benda-benda camni lah. Tengok list barang yang korang kena ada untuk buat kek ni :

1. Tepung gandum
2. Serbuk koko (yang aku pakai is brand from Van Hauton)
3. Soda bikarbonat
4. Baking powder
5. Gula perang
6. Minyak masak
7. Butter
8. 3 biji telur
9. Essence vanilla
10. Susu full cream (yang aku pakai brand ducth lady)
11. Susu pekat manis

(Ini cuma sebahagian je, sebab ade yang still dalam peti)

Bila dah ada cukup semua barang yang diperlukan. Korang akan mula untuk buat kek dia dulu. Tapi guys, untuk  buat kek dia, aku bahagikan kpd 3 campuran untuk tak keliru and aku senang faham. Biar aku citer cara utk buat bahan yang first dulu.

Untuk yang ni, korang kena campurkan semua bahan yang aku list kan kat bawah, and korang kena masakkan dia dalam api yang kecik je tau. Sambil tu korang kacau lah sampai dia betul-betul sebati. Part ni, aku mintak tolong ibu kacaukan. Ni bahan yang korang kena masukkan :

CAMPURAN X
1. 1 cawan gula perang
2. 1 cawan susu full cream
3. 1/2 cawan susu pekat manis
4. 1 cawan minyak masak
5. 1 cawan serbuk koko (serbuk koko yang aku pakai tu aku pakai 1 kotak sebab dia kecik)

Untuk campuran seterusnya ni, korang kena campurkan lepastu ayak untuk dgn tujuan menghaluskan korang punya tepung and senang nanti nak kacau acuan kek tadi. Kek pun nanti akan jadi smooth je tau :)

CAMPURAN Y
1. 1 1/4 cawan tepung gandum
2. 1 sudu teh soda bikarbonat
3. 1 sudu teh baking powder

Untuk campuran ketiga ni, korang campurkan terus lepastu kacau sampai korang puas hati. Hahaha

CAMPURAN Z
1. 3 biji telur
2. 1 sudu teh essence vanilla

Dah dapat 3 campuran yang berasingan tadi kan? Ok skrg masa untuk korang campurkan semua sekali. Yang campuran X tu bila dah sebati, korang tutupkan api lepastu masukkan campuran Z tu dalam campuran X. Kacau lagi. Lepastu campuran Y tu pulak korang masukkan dalam campuran X+Z tadi. Kacau sampai betul-betul sebati tau. Faham tak ni? Refer gambar dekat bawah ni.


Haa, last sekali, campuran korang akan jadi macam ni.


Yang ni campuran bila korang dah campurkan ketiga-tiga bahan tu tadi. Lepastu korang boleh lah kukuskan kek korang ni selama 1 jam 20 minit.

Then, jangan lupa! Korang kena buat chocolate yang cair untuk disalutkan atas kek coklat yang dah siap kukus tadi tu. Untuk bahan nak buat chocolate cair tu, korang kena ada benda ni :

1. 2 sudu besar butter
2. 1/2 cawan serbuk koko (Van Hauton)
3. 1/2 cawan susu pekat manis

Masakkan ketiga-tiga bahan tu sampai sebati. Bila dah yakin dah sebati, korang dah boleh letakkan chocolate cair tu dekat atas kek yang dah siap tadi. Jadilah macam ni




Monday, 4 November 2013

Online business

Assalamualaikum. Goodnight guys and girls. Aku nak update entri kalini pasal business yang aku baru je nak buat. Nak tau ape? Ok first aku nak bagitau aku ade jual 1 produk kecantikan, Vitamin C Roseship. 



Korang nampak kan pil Vitamin C dekat atas ni? Ok biar aku cerita sikit pasal kebaikan vitamin C ni dekat korang. Antara kebaikan bila korang makan vitamin C ni adalah :

1. Mencerahkan kulit
2. Mengecilkan pori-pori
3. Sekatakan tona kulit
4. Menghilangkan parut
5. Melicinkan, menganjalkan, melembapkan kulit
6. Kulit kelihatan glowing
7. Mengatasi masalah kulit kering
8. Mengatasi masalah bibir & tapak kaki merekah
9. Meningkatkan tahap imune system
10. Mengurangkan gejala selsema dan demam
11. Mengatasi masalah resdung dan awet muda

Hmm. Itu adalah antara kebaikan yang diperoleh bila korang makan vitamin C ni. Kalau korang tak percaya, aku sendiri makan vitamin C ni, dan inilah hasil yang aku peroleh sekarang ni.


Ini muka aku, dari sebelum makan Vitamin C Roseship dengan selepas makan Vitamin C Roseship


Yang ni pulak tangan aku yang sekarang lepas aku amalkan makan Vitamin C Roseship

Mungkin muka aku tu, ramai yang cakap aku snap pakai kamera 360 kan sebab skrg semua orang pakai kamera tu. Takyah tipu! Ok sekarang aku tunjuk gambar testimoni yang dah pun amalkan vitamin C ni.





Ni antara testimoni yang dah pun berjaya amalkan vitamin C ni.

Lillahi, aku jual bukan atas dasar nak kaut untung. Aku taknak pun jual atas dasar penipuan. Tapi aku jual sebab aku dah pun amalkan produk ni sampai harini aku masih lagi amalkan. And for your information, ibu dan adik aku pun dah amalkan vitamin C ni sebab dorang cakap sunburn dekat muka aku dah takde. Ibu pulak cakap muka aku sekarang glowing semacam. So dorang pun pakai. Kalau korang nak rasa sendiri, try lah dulu baru boleh comment. Ada pertanyaan, jangan segan nak whatsapp aku 0129622671.


Wednesday, 9 October 2013

Kebahagiaan di Alam Pertunangan


Pertunangan adalah fasa yang serius dan seronok pada sang dara & si teruna dalam diari kehidupan.
Bayang pernikahan jelas kelihatan di pandangan mata. 


Angan-angan dalam perkahwinan mula tercipta.


Jemari tangan ligat mengira belanja kira-kira disamping melihat kalendar dari masa ke semasa
Gelombang  keraguan  dalam hati  semakin mengecil kerana pertunangan ini mampu menghadiahkan senyuman
Petanda diri kita menghampiri gerbang pernikahan seandainya kita memilih pertunangan kerana hendak bernikah.
Selepas itu kita akan bersama-sama menghadapi fasa baru.
Fasa ini banyak mendorong kita berlebih lebihan dalam perhubungan kerana kita sangat merasakan comfirm kita akan berkahwin tanpa ada sekumit perasaan yang sebaliknya jika kita terleka
Kita lupa Allah sedang memerhatikan gerak geri  tindak tanduk kita.
Apa jua kemungkinan pasti bisa terjadi dengan izinNya.
Jesteru itu ramai yang tersenget sedikit pembawaan diri dalam kehidupan menjadi tunangan orang.
Darah manis la katakan kata orang-orang  tua dahulu.
Bukan kerana darah banyak kandungan gula atau menghidapi diabetes
Tetapi keghairahan anak muda yang mempraktikalkan hubungan pra perkahwinan yang mereka khuatirkan
Namun saya percaya ramai juga pasangan yang mampu menggalas amanah menjadi tunang yang baik.
Menyedari impian mempunyai keluarga  bahagia hingga ke syurga pasti dibekali iman di dada
Praktikal setiap masa tak kira sebelum bertunang, bertunang mahupun selepas berkahwin
Pasangan sebegini insyaallah akan mampu mengurangkan noda-noda dalam jiwa
Ujian pra perkahwinan selalunya rancak  seawal kita baru menempuh fasa pertunangan.
Kerana itu lebih manis pertunangan tidak mengambil masa yang terlalu panjang.
Pertunangan bukanlah tiket untuk kita meraihkan hubungan seperti pasangan yang berkahwin.
Hakikatnya pertunangan adalah medan ujian untuk kita dan dia sebelum melangkah kaki dalam garisan awal perkahwinan.
Masa bertunang adalah masa yang getir kerana banyak hijab-hijab yang akan terbuka  yang menyerlahkan keaiban dan kelebihan pasangan masing-masing.
Ya, dibolehkan kita berterus terang mengenai diri untuk tujuan memudahkan proses perkahwinan. Tetapi jagalah aib diri sendiri dan kaum keluarga.
Tapi bukanlah lesen untuk kita kesana kemari tanda kita sudah dimiliki oleh si dia.
Walaupun ramai yang mengambil kesempatan dalam kesepitan dalam hubungan begini.
Mempamerkan kemesraan, paparan aksi berdua yang daring tanda ‘Si dia aku yang punya’.
Sedangkan islam menggalakkan kita mewar-warkan perkahwinan. Dan fasa bertunang bukanlah menjadi satu kemestian untuk dicanangkan satu dunia.
Cukuplah sekadar pengetahuan yang terdekat sahaya. Kerana kepastian menghadapi hari esok bukanlah ditangan kita sendiri.
Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)
Berhati-hati lah kita menyusun langkah dalam persinggahan pertunangan ini.
Jangan membiarkan kita dibolosi nafsu sedangkan kita belum diberi lampu hijau sepenuhnya dengan gelaran  tunangan orang
Ramai yang salah menafsirkan konsep pertunangan dalam kehidupan.
Berlebih lebihan dalam pergaulan. Lari dari garisan panduan agama . Lagaknya melebihi pasangan yang melangkah fasa pernikahan. Kesana kesini seperti merpati sejoli.
Ya, mungkin di dunia ini .Kita semakin bebas untuk berbuat apa-apa. Kalau kita memilih untuk menutup mata hati dari panduan agama.
Ya,  Sudah kurang mata-mata untuk kita takuti. Kita boleh memilih untuk menepisi pandangan mata manusia yang sentiasa memerhati.
Ya, kita boleh membalas hujah orang lain dengan hujah kita sendiri kalau kita berani
Ya, kita boleh memilih membiarkan telinga kita pekak & mata kita tuli dengan perlakuan kita
Namun ingatlah Allah sentiasa di mana-mana jua kita berada.
Jagalah diri kita, kelakuan kita dalam fasa pertunangan.
Kerana bulan ini saja kita sudah maklum ada beberapa pertunangan yang terungkai di tengah jalan.
Kita doakan mereka berjumpa dengan jodoh yang lebih baik. Dan perpisahan yang diberi memberi motivasi untuk menjadi pasangan yang lebih baik amin.
Mereka juga seperti kita bertunang &  mengharapkan pengakhiran dengan pernikahan.
Namun Allah memberi yang sebaik-baik perancangan & penentuan pada kehidupan kita.
Jesteru itu kepada sesiapa yang menyarung cincin pertunangan di jari manis.
Banyakkan berdoa , supaya Allah memudahkan urusan anda ke fasa seterusnya.
Bulatkan tekad bersama menuju gerbang pernikahan.
Kurniakan ketabahan pada diri & pasangan dalam menempuh rintangan awal dalam  menghadapi konflik & perasaan tak keruan.
Jadilah tunang yang menjaga pergaulan, supaya kalau jodoh kita kuat bersama si dia . Kita meninggalkan sejarah pertunangan yang baik .
Seandainya kita bukan tertulis bersama si dia , kita juga telah sedaya berusaha menjadi tunang yang sehabis baik, merancang ke arah pernikahan namun sebaliknya yang terjadi.  Kita akan dikenang sebagai tunang yang baik tapi tiada jodoh buat kita dan dia.
Jangan sampai kita melakarkan sejarah pertunangan kita dengan sesuatu yang bakal mengaibkan diri kita walaupun kita comfirm kahwin dengan si dia.
Mengurangkan sedikit kekesalan kerana kita tidak berupaya menjaga diri bila kita menyarung cincin pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti.
Insyaallah saya & semua pembaca  doakan semoga pertunangan sedara, sahabat , sesiapa yang kita terlintas agar  berjaya di akhiri dengan gelaran raja sehari. Amin.

Tuesday, 9 July 2013

Kerinduan teramat.


Ahmad Syafiq Fikri bin Mohd Zailani meninggal dunia pada 29 Julai 2010. Satu-satunya abang yang ada dalam keluarga. Seorang yang baik, penyayang, terlalu mengambil berat. Telatah, senyuman, suara, dan perwatakannya membuatkan hati ni terlalu merindui saat bersama, kenangan manis dan kenangan pahit seorang abang kepada seorang adik. Walaupun telah meninggalkan kami 4 tahun lalu, tapi kehilangannya masih dirasai. Tujuan entri bukan untuk meratapi ataupun tangisi permergian arwah tapi untuk melepaskan rindu, sebak yang terlampau. Untuk kali keempat menjalani ibadah puasa tanpa seorang abang, bagaikan tak lengkap keluarga kami. Terlalu lama tak menyinggah rumah kekal arwah ni, dan ini yang terbaru diambil oleh ibu dan ayah. Terubat sikit kerinduan yang ditanggung. Sempena bulan ramadhan ni, harapan aku untuk mimpikan arwah. Walaupun cuma sekali. Akhir sekali, semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.


Monday, 8 July 2013

Muhasabah Diri

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab kepada Allah Taala dan rasul-Nya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga, manusia merasakan diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:
Setiap yang berjiwa(yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185)
Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam. Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119)
Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka dberiman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:
Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (Surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:
Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnye. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelemahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).





Thursday, 23 May 2013

Berdoa dan berusaha


Terlalu banyak orang yang kurang rezekinya kerana mereka melebihkan doa tetapi tidak cuba berusaha.
Terdapat ramai yang menganggap dan berfikir Allah akan memberi rezeki yang berlipat ganda kepada hambanya jika mereka terlalu banyak berdoa. Sedangkan dalam tak sedar usaha itu adalah doa dalam tindakan.
Jadi marilah kita berdoa serta berusaha.
Berdoa itu penting bukan kerana permintaan seseorang, tetapi doa itu tanda kita beriman kepada pencipta.
Ramai yang sudah berusaha menghadap ke arah yang tepat,
Seperti orang yang beriman sudah mengajak dirinya ke arah kemenangan,
Tetapi jika tidak berusaha dengan gigih, maka orang-orang yang rajin tetapi tidak beriman akan mendahului.
Jadi marilah sama-sama kita melebihkan doa serta gigihkan usaha.
Jikalau sudah biasa lebihkan doa, maka jangan kurangkan berdoa tetapi lebihkan usaha.
Kerana usaha seseorang itu bergantung kepada sikap seseorang dan sikap pula bergantung kepada iman seseorang itu.
Oleh demikian, dekatkan lah diri kepada Allah swt.
Kerana orang yang menghadapkan wajahnya kepada Allah, maka terlihatlah segala kebaikannya.
Tetapi jika orang yang menghadapkan wajahnya kepada kecelakaan, maka kesedihannya melihat keburukan.
Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke arah yang benar kerana kebenaran adalah milik Allah.
Serta berusaha juga bekerja keraslah di dalam hal-hal yang penting.
Kalau kita sudah meminta yang besar kepada Allah yang Maha besar,
Serta meminta kekayaan kepada Allah yang Maha kaya,
Dan bekerja dengan penuh kesabaran bahawa kita adalah hamba Allah.

"Orang yang menghadapkan wajahnya kepada Allah, dapat melihat segala kebaikan, tetapi orang yang menghadapkan wajahnya kepada keburukan, maka dia akan melihat perihal yang buruk dalam hidupnya"



Sunday, 14 April 2013

Sekolah Menengah Bukit Damar, Lanchang

Bismillah...

Hai everyone! Korang sihat? Korang rindu aku tak? Ekeke. Okay lah, apepun yang jadi, aku harap korang happy dismping yang tersayang lah yek. Hehee. Okay cuti final untuk semester kalini dah mula dah. Hooreee! Heaven gilo bak hang. Tapi tunggu lah pulak result tu yek. Cuak pun ade jugak ni.

Actually bila cuti dah start ni, aku pun blurr kejap. Taktau nak pegi mane, bile nak jumpa kesayangan yang lima tu and so on. Bukan terlalu busy tapi fikirkan transport, duit and macam macam lagi lah. Haih susah jugak sebenarnya. Selalu kalau cuti cenggini, sebulan lebih tu lame tapi dapat jumpa sekali je dalam masa sebulan lebih tu. How sad T.T

Okay stop kejap cerita pasal aktiviti cuti sem ni. Nak cerita pasal tajuk entri kalini. Fokus okay fokus. Mesti korang pelik kan kenapa aku tetiba update cerita pasal sekolah ni. Actually two weeks ago dekat temerloh ada perlawanan bola antara sekolah, then sekolah "bakal tunang" terlibat and secara tak langsung dapat masuk pusingan final. Hebat tak hebat laaa kan. Kebetulan tarikh final tu aku pulak last paper and bakal tunang nak hantar balik klang. So aku habis je final paper yang last tu terus siap untuk dijemput.

Nak dipendekkan cerita, aku follow bakal tunang pegi tengok sekolah dia lawan. Yelaaa, dia coach kan, so mesti lah player dia nak dia ada dekat padang. Okay sepanjang game tu berlangsung, aku lepak dengan semua student sekolah bukit damar yang jadi penyokong while bakal tunang tengah agak busy handle player dia. So aku taknak kacau lah dia dengan keje dia. Student yang jadi penyokong tu agak kecoh jugak lah bebudak nye. Hahah!

And mungkin rezeki sekolah ni kot, jadi juara untuk game tu. So sekolah bukit damar juara dalam peringkat daerah. Alhamdulillah! Cara permainan memang agak kasar lah, i mean sekolah ni lawan dengan sekolah teknik temerloh, so sekolah teknik tu yang agak kasar. Tapi takpe, dorang dah jadi juara dah pun. Dorang cuma boleh score 1-0 je sebab game masa tu memang agak sengit pun.

Okay, dah habis game tu, time untuk amik pingat and time to snap a picture. Yang best nye, atas permintaan semua student yang ada termasuk player sekali, aku pun kena join sekali amik gambar dengan dorang. Takpe laaa, aku tak kisah sebab dorang student bakal tunang. So aku pun kena lah kenal kenal dengan dorang, beborak, and blabla. So ni gambar sekolah juara.



Congrats untuk Sekolah Menengah Bukit Damar. Im happy for you guys. Okay end of my story. See yaaa! >.<

Monday, 25 March 2013

Two monthsary perkenalan 

video


Siapa si dia itu,
Aduh manis tersenyum padaku,
Ku ingin dekat dirimu,
Tapi ku rasa malu,
Berdebar debar jantungku.

Pertama kali kita bertemu,
Di satu majlis hari jadimu,
Ku lihat kau tersenyum sambil mengerling padaku,
Gelisah ku tak menentu.

Seraut wajah bak bulan purnama,
Berseri indah tiada bandingannya,
Terpegun ku seketika,
Bagaikan dewi menjelma,
Hatiku terpesona.

Tajuk lagu : Siapa
Ni lagu sendiri okay. Ada orang cipta special untuk aku. Hikss. Ohh video atas tu cuma sebahagian je cause nak bagi korang dengar intro lagu tu. (Thanks students dikir barat Sek Men Teknik Bentong)

Notes : Happy monthsary perkenalan kedua, Mohd Izza Idham Abdosamad J



Friday, 15 March 2013

Muhasabah Diri :')

Allahuma Rabbi yassir wa laa tu'assir.


Ya Allah, mudahkanlah jangan dipersulitkan..

Aamiin Ya Robb.



Merajuk atau patah hati???
dalam kita bergurau terkadang ada kata menyentuh rasa...
mungkin tutur bicara, gurau senda biasa pada dia...tapi luka bagi  kita yang menerima tempiasnya....Sememangnya,  hati cuba menepis, cuba berbaik sangka, namun ada waktunya kita tidak  mampu membohongi hati sendiri.  seperti ada hirisan pada luka....pedih sangat rasanya... Mungkin senyuman itu mampu kita ukir buat hiasan pada yang memandang tapi jauh disudut hati pastinya rasa terkilan bersarang diminda. Itulah kita... hambaNYA yang paling lemah dalam membelai rasa. Bukan semua kita punya hati yang kuat dan tabah. Terkadang hati mahu meluahkan tapi naluri menahan...JANGAN... biarkan saja...



Menyimpan segala yang terbuku samalah seperti menyimpan lahar...bila-bila masa boleh meledak keluar. Bahaya benar andaikan semua perasaan ini kita biarkan menghuni dihati. Tapi kita kan manusia biasa, lemah... tersangat lemah... Ada waktunya kita diuji serentak.... Saat hati kita dihimpit hiba dengan lain cerita duka, ada yang datang menyapa dengan gurau yang menyentuh rasa.  Maka hati yang sakit akan bertambah parah lukanya... Beruntung pada mereka yang boleh berbagi cerita pada semua tapi bukan semua antara kita mampu melakukan begitu.  Kita lebih senang menyimpan sendirian. Pengalaman dikhianati mungkin menjadikan kita  lebih berhati-hati.


Atau kita sememangnya sukar berkongsi dengan sesiapa kerana kurang yakin pada  diri. Lebih baik menyimpan dan perlahan-lahan belajar mencari jalan keluar. Samada jalan penyelesaian itu berhasil atau tidak, yang pasti kita tahu semua rahsia hati kita tidak kemana. 

Apapun sangkaan orang pada kita tidak sama dengan sangkaan yang membelit hati kita bukan?  Kita pamerkan yang baik buat menutup garis-garis calar dijiwa. Kita senyum pada semua mungkin kerana naluri mendidik untuk yakin itulah perintah ALLAH yang ESA. Senyum itu sebagai satu sedekah. Betapapun tawarnya hati  kita dipermainkan dengan gurau yang menyakitkan rasa, tapi janganlah perkara yang kecil kita perbesarkan. Mungkin semua yang diucapkan tanpa sengaja, dia juga seperti kita ada waktunya tersasar dari landasan yang tersedia. Mudah bukan untuk memujuk hati... jadi pujuklah segera, jangan biarkan hati kita dikawal nafsu kecewa, nafsu amarah yang sesekali bertandang bisa membuat hati kita keluh kesah.  Istighfar segera....

Kita selalunya senang memujuk orang lain untuk bersabar. Tapi perkara paling sukar adalah memujuk hati sendiri untuk melakukannya. Kita tak sepatutnya  melepaskan semua kesedihan dan amarah pada semua orang. Andai kita yakin dengan janji ALLAH, kita tidak akan terlalu bersedih saat hati diuji. Hari ini, sakit kita cuma rasa diminda, tapi fikirkan ada insan lain yang lebih malang...diuji mental dan fizikal. Ada insan lain yang lukanya lebih parah dari yang kita lalui. Ada yang saban hari mengutip kenangan indah semalam, sedang dirinya takkan  mampu lagi untuk melangkah balik kebelakang.  Tidak punya sebarang kesempatan bagi mengubah keputusan. Ada yang terkoyak dadanya saban masa mengharungi  ujian yang hampir  membenam semangat.  Ada airmata mereka tumpah dalam lautan keringat.  Ujian hati yang cukup berat bila perjalanan yang benar diambil kesempatan oleh mereka yang mati hatinya. Dizalimi dalam kebenaran, yang kita diluar tidak pernah berkesempatan melaluinya...


Kata Saidina Ali :
Beruntunglah Siapa yang Bila Bercakap Dia Berzikir
Bila Diam Dia Berfikir
Bila Pandang Dia Ambil Iktibar
Bila Bergerak Dia Perhambakan Dirinya Kepada Allah


kebahagiaan itu akan datang bila kita tersenyum menyambut kesulitan
kita tenang disaat api dan angin kemarahan sedang membuak diingatan
bisikanlah selalu....



Sunday, 3 February 2013

Twenty Birthday!

Hey hai. Assalamualaikum! Okay first nak mintak maaf cause since masuk tahun baru dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk sangat dah pun. *Fuhhh! Tiup habuk habuk. Hahah! First thing myra tersangat lah sibuk bila dah masuk part four ni. Besides myra taktau nak update apa dah sebenarnye dekat blog ni. So biarkan lah sekejap.

*Back to tittle*
Actually today, 3rd February 2013 was my twenty years birthday. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas, mengenal dunia yang sementara ni and paling penting diberi peluang untuk beribadat kepada-Nya (in shaa Allah). Hmm nothing special pun sebenarnya birthday kalini sebab umur dah makin meningkat tua kan, hahah! Takde lah, kalini celebrate birthday without family, alone je celebrate dekat Jengka ni hah sebabkan latihan dikir barat untuk Arabic Night nanti.

Hm, but sebenarnye bukan lah sambut sorang sangat pun, propa je tu. Ade jugak member wish birthday like Siti, Husna, Fatin, Fizah, Hazilah, Izza, and kawan kawan klang pun ade yang text. Families paling penting!

Okay plan untuk harini. Around 3 pm after habis latihan dikir barat, Izza ade bagitau dia belikan hadiah and kek birthday tapi taktau nak bagi macam mane. Okay so aku decide jumpe dekat luar. Then kembar pun kebetulan nak belanja makan.

On 5pm (maybe) arrived bandar pusat Jengka, semua kedai makan tutup je. So terpaksa lah naik kfc jugak citer dia, kembar belanja. Hee (thanks beb) untuk ini..



Tengah makan sambil borak dengan kembar, Izza datang tibe tibe. Then sambil makan, borak kejap then dia pegi turun amik hadiah and kek tu. Lepas makan, dia cakap nak hantar kami balik campus, so kami just "oh okay". While dia turun untuk kemas kereta sikit (katanye), and aku dengan fizah pun waiting hazilah pergi kaunter mintak plastik beg nak tapau bawak balik balance makanan tak habis tu, aku tengok lah hadiah yang si Izza ni bagi. And suddenly dia bagi ni. Tadaaaa!




Fizah cakap mahal hadiah ni sebab bukan calang calang jenama. Okay aku rase macam tak berbaloi pun ade jugak tapi apepun thanks jelah yang mampu cakap. Okay simpan balik hadiah ni, terus turun and keluar kfc sambil call ibu bagitahu pasal ni. And ibu cakap ibu adik semua dah tahu sebab masa malam semalam, Izza call ibu tanya pendapat nak belikan ape and dia suruh ibu diamkan benda ni. Okay, ibu sekarang dah pandai komplot untuk buat suprise (Y)

Bila dalam kereta, dapat lagi cempedak goreng. Fuhh! Memang dia tepati janji ni haha. And dia start luahkan everything. Tadi baru aku tahu semuanya bila dengar dia cerita and ibu pulak call cerita benda same. Dalam hati aku, sejak bile ibu ni pandai berahsia. Maybe sejak dapat "bakal" yang tersangat lah romantiknya. Hmm itu je kot? Hehehe. THE END_