Thursday 18 December 2014

Persiapan Part II

Sambung pulak update entri tntg persiapan part II lepas beberapa bulan tinggal terbengkalai. Mesti korang tertunggu kan? Maklum lah baru-baru nak mulakan hidup ni, sampai takde masa nak update. Maaf ye. Okay malam ni agak free sikit. So me update lah pasal benda lain pulak.

Jom start dengan wedding dress tema biru tu. Walaupun wedding dress sanding tu bukanlah dress yang me and husband harapkan tapi ramai yang comment cantik dress tu. Ala-ala frozen. Itu dress yang Kak Echa design dan me lah orang pertama merasmikan dress tu. Make-up untuk 2 majlis tu pun diimport dari butik Kak Echa. Katanya make-up artis. Me bangga kejaplah sebab bukan senang nak dapat professional punya juru andam kan. Kak Zila namanya. Nanti me akan tinggalkan number contact Kak Zila akhir entri ni okay? Jangan risau!

Gubahan hantaran me untuk pihak lelaki agak exclusive. Actually memang me nak sangat pakai dulang kaca. Sebab dah boring sangat pakai dulang plastik ataupun bakul. So me nak nampakkan kelainan, me sewa dengan Kak Echa dulang kaca tu. Nak dijadikan rezeki, dapatlah pakai dulang kaca tu. Terharu sesangat tau! Gubahan pun pakai fresh flower, me mintak tema dulang ros merah, ros pink dan ros putih.

VIP Gift pun Kak Echa deco khas untuk family kami. Cantik sangat! Sampai tak cukup sebab ada masalah kecil masa majlis tu. Tapi takpe lah, semua pun dah selesai dan selamat.



Tema biru tu make-up masa majlis resepsi. Dan sebelah lagi, tema putih bersih tu make-up masa majlis nikah.
Ni number contact Kak Zilah 016 271 8444


Ni pulak dress ala-ala frozen yang me bagitau tadi. Bagi me biasa je, nothing special.


Ni gubahan hantarn me masa nikah. Actually ada par tapi par dah letak dekat dewan nikah dulu. So yang tinggal dulang je.


Dan akhir sekali adalah VIP Gift.

Next entri me akan cerita untuk persiapan part III tentang hotel, inai dan guest gift. Good night :)

Wednesday 29 October 2014

Persiapan Part I

Assalam. First of all, Alhamdulillah atas perjalanan majlis tempoh hari berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang buat pertama kalinya kepada keluarga dalam mengorganisasikan majlis walimatul urus aku sepanjang dua hari yang berlangsung di TH Hotel Kelana Jaya.

Fuhh. Alhamdulillah juga kerana aku dengan "sah"nya menjadi seorang isteri pada usia muda. Dan insha Allah aku akan memikul tanggungjawab seorang isteri itu dengan sebaik mungkin. Aku cuba untuk menjadi isteri yang solehah dan isteri yang taat serta hormat akan suami. Dengan sekali lafaz sahaja ok!

Mesti nak tahu persiapan aku sebelum menjelang nya "big day" empat hari lepas. Sebab rata-rata yang datang ke majlis resepsi aku, dorang balik dengan memberikan positif feedback. Alhamdulillah takde apa yang negatif didengar. Cuma dari segi ahli keluarga yang turut sama membantu tu agak bercelaru sikit lah. Tapi takpe, semuanya alhamdulillah dah selesai.

Okay nak cerita sessi persiapan sebelum menjelang hari bahagia tu. Kita mula dengan wedding planner ye. Pasal baju, pelamin, gift and etc. Actually aku punya wedding planner ni Kak Echa. Kenal Kak Echa ni dari ayah, sebab hubby Kak Echa ni kawan sekerja ayah. Sama-sama kerja Tabung Haji kelana jaya lah senang citer. So six months before dah pergi butik Chahaya Chinta dekat Seksyen 13 tak silap. (Maklum lah kalau seksyen ni memang aku failed, sebab tu aku failed intebiu lawyer. Haha!) Butik Kak Echa ni simple, sesangat lah simple. Masa first time datang tu cuma ada pembantu Kak Echa je, Kak Lin kitorang panggil.

Memandangkan ni adalah majlis pertama, so banyak benda tak tahu. Tak tahu nak mula dari mana, macam mana nak arrange and everything. Makanya atas khidmat dan nasihat serta bimbingan Kak Echa, kitorang pun ikutlah. Dan hasilnya, semua yang datang, rata-rata puas hati. Alhamdulillah. Okay start bincang tentang tema majlis. Nak baju macam mana and semua pasal majlis resepsi.

Pada awalnya aku dengan suami ni pilih tema navvy blue. Itupun kitorang survey dekat mr.google je warna tu. Bincang punya bincang, Kak Echa cakap warna tu agak gelap takut nanti pengantin tenggelam. So Kak Echa ni cadangkan ambik warna Royal Blue. Masa tu aku blur lagi, tapi aku okay je. Hahaha! Kak Echa cakap dia akan design kan satu dress untuk aku punya majlis. Okay settled.

Lepastu bincang pasal banyak benda. Dekat 3 jam jugak dekat butik untuk uruskan semua benda. Bincang punya bincang, semua setuju. Bayarlah deposit. On the way balik tu, aku pun teringat warna baju sanding nanti, aku pun google lah nak tengok macam mana warna dia. Dah jumpa! Agak lawa jugak pada pandangan dan mata aku. Curik satu gambar dekat google n send terus dekat somi. Dia pun cakap okay. Terus decide nak pakai suite ke baju pengantin tu. Somi pun decide pakai suite. Okay, dah sepakat nak pakai suite. Settled.

Bulan demi bulan kitorang akan update dengan Kak Echa ni. Macam mana persiapan semua. Nampak tak macam mana kitorang uruskan semua benda. Dari sekecil kuman punya perkara sampailah sebesar gajah. Aku ni agak remeh, memandangkan itu majlis aku, aku nak semua nampak simple dan perfect.

Puasa dan raya..........

Start balik lepas raya. Sebulan selepas raya, Kak Echa dah update baju dah siap dijahit. Jadi dah boleh start untuk fiting. Aku pun bincang dengan somi nak pergi bila semua. Masa fiting tu encik somi dah start lah carik suite untuk dia pakai dekat dalam butik. Sekali lagi bincang dengan Kak Echa, dia lagi sekali nak tempah suite platinum colour khas untuk somi aku. Kitorang pun eksaited lah sebab kitorang dah dapat bayangkan cantiknya bila suite tu digandingkan dengan dress royal blue aku tu. Masa fiting, aku tak terfikir pun tema apa sebenarnya majlis resepsi nanti. Sebab dress aku tu style kembang sikit bahagian bawah. Kak Echa n Kak Lin pun tak cakap pape. Settled fiting.

Hujung bulan September, ada second fiting. Masa tu datang dengan perasaan eksaited lah sebab suite lelaki pun dah siap. So boleh lah merasa aura pengantin. Sekali datang, Kak Lin bagi suite royal blue jugak, tanya Kak Lin dia explain kenapa suite warna tu, bukan platinum. Bincang dengan somi masa tu, dia cakap takpe lah, dia carik sendiri suite kelabu. Okay lah camtu, tapi duit tak boleh nak refund. So Kak Echa cakap dia akan deco kan pelamin, main table and etc lebih sikit.

Semua pun dah settled. Tinggal pakai dan duduk atas pelamin sahaja.

 Hari yang dinantikan pun dah tiba. 2 hari sebelum 24 Oct. 2014 tu family aku sedara mara sepupu sepapat semua dah berkampung dekat TH Hotel Kelana Jaya tu. Kak Echa dan team pun dah mula berkampung untuk start deco. Dan inilah hasilnya untuk malam nikah aku dan jugak dewan untuk majlis resepsi.







Semua decoration ni adalah hasil tangan dan idea konsep dari Kak Echa dan team dari butik Chahaya Chinta , Shah Alam. Untuk brides and grooms to be dekat luar sana, kalau rasa berkenan dengan deco dari Kak Echa ni, nanti aku tinggalkan contact number dekat bawah.

Oh sebelum terlupa, untuk deco dewan ni, adalah deco yang pertama. Kak Echa deco khas untuk aku dan suami tau. Suprise tak? Kak Echa tu tengah tunggu hari tapi dia orang paling semangat untuk buat untuk aku dan suami. Teruja sangat tau! Rata-rata yang datang wedding haritu semua cakap lawa, cakap majlis aku tu grand dan blabla. Ada yang bagi feedback sendiri dekat Kak Echa, semangat terus Kak Echa. Senyum sampai ke telinga. So sesiapa nak Kak Echa deco majlis korang dengan new idea, boleh contact Kak Echa dekat bawah ni :

Phone number : 0192463378
Blog : http://chahayachinta.blogspot.com/
Facebook : chahayachinta
Instagram : echa_chahayachinta

Okay, next entry aku akan sambung lagi cerita untuk wedding dress, make up, gubahan hantaran dan vip gift. Semua dari butik Chahaya Chinta jugak ye. Tq for reading

Friday 10 October 2014

Duniawi VS. Ukhrawi

Harini nak citer sikit pasal perkahwinan antara mengikut cara Islam dan Moden. Memandangkan dunia hari ini dah terbalik, lebih mementingkan perkara dunia sahaja termasuklah status, wang ringgit dsb. Kalau kita kaji balik, banyak sebenarnya perbezaan antara perkahwinan ikut Islamn dengan perkahwinan moden sekarang ini. Memang, zaman sekarang ni semuanya dah mahal, beban hutang itu hutang ini. Tapi janganlah itu dijadikan alasan untuk kita bermewah-mewah. Fikir jugak sebelah pihak lagi, takkan nak menanggung beban hutang disebabkan nak memuaskan hati pihak perempuan. Betul? Mungkin ada yang setuju dan mungkin tidak. Takpe, ini pendapat aku je. Jom kaji satu persatu.....

Perkahwinan dalam Islam, mahar ataupun lebih dikenali sebagai mas kahwin. Sebenarnya ikut Islam, lagi rendah mas kahwin wanita yang bakal dinikahi itu adalah lagi mahal harga dirinya. Kenapa? Kalau kau minta RM5 000 sebagai mas kahwin kau, adakah harga diri kau semurah RM5 000 itu? Dalam Islam, cukup sekadar senaskah Al-Quran sebagai ganti duit ringgit. Sebab kalau nak difikir balik, si lelaki takkan mungkin boleh bayar harga diri kau yang mak ayah kau jaga dari kecik macam menatang minyak yang penuh. Betul? So fikirkan balik. Mungkin akan ada sesetengah pihak yang berbunyi macam ni...


"Rendahnya mas kahwin kau. Mesti kau ni dah takde dara?" - Persoalannya siapa kamu untuk menilai diri seseorang wanita itu berdara ataupun tidak. Itu biarlah dia dan Allah sahaja yang tahu. Dan bakal suami sahaja.


"Zaman sekarang ni, dengan RM80 sebagai mas kahwin tu apa je boleh buat. Nak beli cincin sebentuk pun tak lepas." - Persoalannya duit yang bakal pengantin perempuan tu dapat samada lebih atau sikit, dia tak hulur pun dekat kau. Betul?

Jadi pengajarannya dekat sini, "ikut kemampuan" bukan "ikut kemahuan". Bukan duit kita yang berjuta-juta tu yang akan Allah pandang, tapi hubungan yang sah dan direstui tu yang Allah suruh. Ingat! Nabi Muhammad ada berpesan, berkahwinlah kamu wahai Adam dan Hawa, sesungguhnya Allah menjanjikan rezeki buatmu bagi sesiapa yang mendirikan rumah tangga. Itu  je dah jelas Allah bagi kau hadiah diatas perkahwinan yang baru dibina. Subhanallah

Ada lagi satu, tentang persiapan kalian sebelum menjelangnya sesebuah perkahwinan tu. Beribu-ribu duit habis, betul? Sebab nak memuaskan hati semua orang supaya tidak bercakap belakang. Pakcik, makcik, mulut orang ni kita memang tak boleh tutup. Lain mulut tempayan. Ok camni, sebelum menjelang hari kejadian, rata-rata orang akan tanya macam ni...

"Sudah berapa peratus persiapan kahwin, Cik Kiah(bukan nama sebenar)?"
"Cik Senah(bukan nama sebenar) oii, berapa ribu habis duit belanja hangus untuk majlis anak kau?"

Makcik, bukan itu sebenarnya si pengantin tu mahukan. Yang dia mahukan adalah soalan berbaur mengambil berat tentang dirinya. Mungkin juga nasihat dan tunjuk ajar si senior. Macam aku, aku mengharap sangat akan ada orang datang dekat aku dan tanya....

"Berapa peratus persiapan mental kau untuk menempuh alam rumah tangga?"
"Perkahwinan ni jangan amek remeh, bukan untuk enjoy je. Suami umpama nakhoda dan korang ni di atas kapal layar untuk menuju Jannah Allah. Sepanjang pelayaran tu, korang akan tempuh macam-macam jenis ombak, ribut, taufan. Sabarlah dalam menempuh ombak kuat."

Mungkin dengan kata-kata semangat makcik tu buat bakal pengantin tu fikir tentang kehidupan selepas rumah tangga. Betul?

Berbeza kan? Perkahwinan menurut Islam tak memerlukan untuk kau sediakan pelamin yang gah-gah tu. Sebab nasib kau tiga puluh tahun akan datang adakah masih bersama atau sudah menjadi pelamin anganku musnah. Betul? Cukuplah sekadar memberi makan kepada yang datang untuk meraikan majlis kau tu. Kalau nak majlis, buat majlis doa selamat secara kecil-kecilan. Sebab siapa tahu yang datang meraikan tu turut sama mendoakan perkahwinan tu. Betul? Pelamin yang gah tadi orang tak pandang pun sebab orang datang pun makan lepastu chaw balik. Betul? Membazir duit kau yang berbulan-bulan amek masa untuk siapkan semua tu. Ingat! Perkahwinan bukanlah pada hari kau dinikahkan tapi adalah hari-hari mendatang selepas kau diijab kabulkan. Hari dinikahkan tak sampai sehari pun, memakan masa sejam lebih je.

Jadi, kau yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, renungkan dan fikirkanlah sejenak perkahwinan manakah yang menjadi perkahwinan idaman kau????

Aku....Kenapa aku? Aku bakal menamatkan zaman bujang aku tak lama dari sekarang. 1 Muharram 1436H bakal menjadi sejarah dan tarikh terpenting untuk aku n bakal suami. Waktu itu kehidupan aku berubah serta merta. Aku tak lagi boleh kelua rumah sesuka hati. Apa-apa yang aku akan buat, haruslah dengan izin suami. Ya, izin suamiku.

Tarikh 1 Muharram 1436H untuk kalendar Islam merupakan 24hb. Tau hari apa? Hari dimana aku berkenalan dengan bakal suami dua tahun lepas. Kenapa aku amek tarikh tu untuk bernikah? Bukan, bukan sebab tarikh kami berkenalan tetapi tarikh itu adalah tahun baru dalam Islam. Percayalah, bukan tarikh 24hb itu yang aku kejarkan tetapi adalah keberkatan dan keredhaan Allah atas perkahwinan yang bakal tiba kelak.

Percayalah, bukan pujian "cantiknya kau mira" mahupun apa-apa pujian yang akan mengundang riak pada diriku tetapi yang aku harapkan adalah "tahniah! tahun baru, status baru, kehidupan baru, bersama orang baru. semoga bahagia dgn kehidupan baru". Itu! Itu yang aku harapkan. Bernikah pada tahun baru aku merasakan seolah-olah aku ni seperti bayi yang baru lahir ke dunia sebab aku memulakan kehidupan baru aku pada hari pertama tahun baru. Aku mengharapkan akan menjadi seorang yang sangat berbeza pada tahun baru tersebut. Indah kan perancangan Allah???

Hari ini aku terfikir sebelum melangkah ke alam perkahwinan, sudahkah aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk kedua orang tuaku??? Menjadi anak yang menjaga dan menggembirakan mereka hari ini??? Apa jasa yang aku taburkan pada mereka sepanjang aku menjadi tanggungan mereka hingga hari ini?? Apa yang telah aku lakukan sebagai seorang anak terhadap orang tuaku? Sempurnakah aku dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menjaga mereka berdua??? Hingga hari ini setiap perbuatan yang aku lakukan demi seorang ibu dan demi seorang ayah adalah ikhlas. Ikhlas! Biarlah Allah sahaja yang menilai sejauh mana keikhlasan aku dalam menjaga mereka berdua tanpa kalian sedari.

Dalam setiap sujud aku, aku sering menitipkan doa buat mereka berdua. Tidak lekang dibibir menyebut dan mendoakan mereka. Mendoakan kesejahteraan mereka. Mendoakan kebahagiaan mereka. Mendoakan  kesihatan tubuh badan mereka. Mendoakan supaya mereka dimurahkan rezeki. Mendoakan mereka dipermudahkan segala urusan dunia dan urusan akhirat. Jika esok hari salah seorang dari mereka meninggalkan aku di dunia ini, aku berasa puas. Sebab apa? Sebab aku telah menyempurnakan tanggungjawab aku dalam mendoakan mereka setiap hari. Tanpa jemu. Tanpa henti.

Aku bukanlah orang yang kehidupannya senang, mewah. Bukan! Aku tak mampu nak bagi orang tuaku sebuah istana idaman mereka yang berharga berjuta ringgit. Kereta mewah dua pintu dan wang ringgit yang berkepuk-kepuk. Dan aku tahu semua itu tak menjaminkan syurga Allah SWT. Semua itu takkan dibawa sekali ke dalam tempat tinggal terakhir kita. Melainkan doa seorang anak! Si mati hanya membawa tiga perkara bersamanya iaitu pahala dan dosanya, amal jariahnya dan doa anak-anak yang soleh. Betul???

Hari ini, aku dah cuba menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan sudah cuba menjadi seorang anak yang taat serta hormat kepada orang tuaku. Akan datang, aku akan cuba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, menyenangkan suamiku, sentiasa taat dan hormat suamiku, menyayangi suamiku kerana Allah Taala.

Wednesday 8 October 2014

Memories

Adakala bila teringat tu, mesti tangan gatal nak bukak laptop lepastu carik balik gambar zaman-zaman kegemilangan dulu kan. Actually entri ni untuk kawan-kawan sekolah dari form 4 sampailah form 5. Walaupun dorang tak nampak dan tak baca entri ni, aku tetap nak tujukan dekat mereka. (Harap korang nampaklah dan appreciate okay guys).

Ok, meh nak cerita sikit. Zaman sekolah menengah dulu aku ada 3 buah sekolah. Berpindah randah macam orang hidup susah. Aku ni kira beruntung jugaklah kot. Sebab masa form 1 until form 3 sekolah biasa. Masa form 4 tu aku terpaksa pindah sekolah dekat dgn rumah sebabnya takda transport nak amek hantar aku. Pindah sekolah dekat dgn rumah tu dengan kawan memang sejatilah katakooo! Birthday kitorang tak jauh, selang tiga hari je. Pindah sekolah pun sama (Ok habis). Masa awal tahun masuk sekolah baru, aku sekelas lak dgn Umi. Jadinye bile masuk kelas tu takda lah macam segan sgt sebab ada kawan yg memang dah kenal lama kan. Lepas daftar, kitorang pegi kelas nak tengok dekat mana, ditemani si ibu (anak ibu katakan). Sampai kelas, aku tak toleh budak kelas lagi. Straight g jumpa cikgu kelas tu. Lepastu barulah boleh carik tempat duduk. Aku toleh lah budak-budak kelas tu. Nak dijadikan cerita, aku sekelas pulak dengan anak bestfriend ibu (what a life)......


Si polan (anak bestfriend ibu) dok lah menyengih dekat aku. Apesal? Aku pun taktau. Dahla malam tadi dia mesej aku tanya macam2. Entah macam mana dia tau aku nak masuk sekolah dia n dari mana dapat nombor aku pun heran. Tapi lantaklah! Sekali aku dengan umi disuruh pulak perkenalkan diri dekat depan kelas. Bapak cuak! Aku ni gelabah sikit orangnya. Dah habis getar kepala lutut, tangan aku sejuk macam aku ni nak pegi tali gantung (ok, yang ni tak lawak!). Dah perkenalkan diri semua, aku duduk tempat aku balik n aku terfikir takkan selamanya aku akan kelas dengan dia ni. Matilaaaa nak. Belum pun sempat mengelamun, cikgu pun berucap n bagitau itu kelas tahun lepas, nanti akan dirombak balik. So kawan2 kelas tu bukanlah kawan2 kelas tetap. (Fuhhhh!) Soalan aku tadi terjawab babe!


Kelas dirombak.........

Lepas dah rombak kelas semua, aku dapat semua kawan2 baru. Masa tulah aku kenal dengan Dayat, Hiza, Laili, Nadia. So bergabung, meletup! Duduk pulak dekat2 je. Pegi rehat sekali, pegi mana2 sekali. Dorang ni bagitau, dulu dorang tak penah pun kenal, rapat semua. Masuk kitorang, kitorang jadikan dorang rapat. So macam kitorang ni ada "instinct" lah nak main satukan korang eh. Hahahaha! Tak sampai sebulan sekolah situ, macam2 benda dah aku dengar. Orang tu nak kenal lah, orang ni nak kenal lah. Biasalah budak baru kan. Lelaki2 pun nak test power lah. (apepun tak boleh).

Tapi entah macam mana aku boleh sangkut dengan si polan tu. Masuk je sekolah tu terus jadi awek si polan. Ingat lagi masa tu, dia boleh tinggal buku science dia, pahtu sanggup naik kelas aku untuk pinjam je. Aku pun layankan jelah. Lepas dari tu balik lah kitorang sesama. Habis sekolah aku tunggu depan sekolah, dia amek aku naik motor hantor balik rumah.

Sebulan lepastu aku dapat tawaran sek. teknik binjai ayer putih, kuala terengganu. Bapak jauh, pendalaman ok! Terpisah kan oleh ruang dan waktu (tetiba keluar lagu firman). Aku pun tinggalkan semua yang baru dekat klang ni untuk berhijrah lah kononnya. Pakwe aku, kawan2 baru aku, tempat baru aku n semualah yg baru2.

Dah settle dekat binjai, aku sekolah macam biasalah. Masa awal2 masuk tu aku tak bawak handphone langsung. So aku gayut pakai public jelah. Itupun aku cuma call ibu dgn ayah je, lepas borak dengan dorang akan borak dgn adik, sebab adik ni penghubung antara aku dgn si polan tu. Macam2 lah aku tanye adik. Dia pun kalau nak tanya ape2 pasal aku, dia akan carik adik. Lepas dari tu, aku dapat tau dia pun dapat sek. teknik. Katanye sebab aku dah takde, dia pun taknak lah sekolah situ lagi. N tak silap dia merayu untuk amek kos yg sama macam aku dapat tu. Lepas dia masuk teknik, lagilah aku tak dpt contact dia langsung weh. (tetiba entri jadi mood sedih).

Tak lama tu, aku mintak utk keluar dari aliran teknik sebab byk benda jadi. So aku tak tahan sgt. Ibu dgn ayah sanggup lak tu dtg pendalaman utk settle masalah aku. Dah selesai semua, aku dah jadi bekas pelajar sek. teknik tu. Sebulan aku duduk melangut dekat rumah, masuk balik sekolah biasa. Aku igt lagi, aku masuk je sekolah tu, budak2 situ tengah dok jawab ujian setara. Aku je tak jawab sebab langsung tak belajar kan. 

Semua dah back to normal. Kitorang pun dah jadi brother hood sampailah form 5. Masa form tu lah lagi banyak kenangan aku dapat. Gaduh dengan budak kelas sampai nak kena gantung 14 hari. Kena pakai telekung sebab tudung terlalu pendek (itupun tak serik lagi). Agak teruklah aku masa tu. Tapi Alhamdulillah aku dah berjaya habiskan sekolah tanpa rekod yg buruk haha!

And sampailah harini, aku dah nak kahwen pun, hubungan dgn kawan2 kelas tak pernah putus. Esp. vvvvvip aku yang berlima tu. Dayat sampai dah ada baby, aku sampai dah nak kahwen, still plan untuk lepak sesama.





Ini antara kenangan yang dapat aku semadikan sampailah anak cucu cicit aku. Gelak ketawa, keriangan n kenangan dengan korang, aku akan ceritakan dekat anak aku suatu hari nanti. Supaya aku akan kenang saat indah kita bersama sebagai kawan ok :)

Oh, ape pulak jadi dgn hubungan aku n si polan tu???? Cerita tergantung kan. Tapi biarlah rahsia..Malas lah nak ingat lagi sebab aku pun ada life aku sendiri skrg, dia pun dah ada life dia sendiri. Cuma kitorang berkawan n kadang tu contact camtu2 jelah. 

Selamat malam bakal somi. Muahh ciked!

Friday 3 October 2014

TWENTY DAYS LEFT......


Tanpa menyembunyikan apa-apa, nak bagitahu sikit aku bakal mengakhiri zaman solo (ecehh). Malu lak rasa, Tapi Alhamdulillah masih ada lagi hamba Allah yang sudi memperisterikan aku yang serba kekurangan ni. Thankyou sayang (tepuk gambar tunang). Memanglah pada awalnya aku rasa macam kekok, banyak benda aku fikir. Banyak jugaklah tanda soal kecik2 yang keluar dari kepala otak aku ni.

"Boleh ke aku jaga bakal suami?"
"Kalau bakal suami aku tahu aku tak reti masak, dia tak marah ke?"
"Macam mane pulak kalau mertua aku tahu aku ni tak reti langsung bab masak?"

Haih macam2 lagi lah. Tapi setakat harini, semua terkawal. Fuhh lega sikit *hembus nafas lega sampai keluar taik hidung dekat keyboard* hahah! Actually aku dah pun jumpa bakal mak mertua, sempoi haabis. So takde dah laa aku ni dupdapdupdap fikir pasal makcik tu sorang. Kikiki.

Melalui cerita yang encik tunang bagitahu, mami ni jenis tak kisah. Dia takkan menyusahkan orang kalau orang tu tak pandai. Hah, ni aku pendekkan cerita. Takkan lah aku nak cerita sebijik sejibon apa yang tunang aku bagitau. Dari pemerhatian aku pulak, mami seorang yang saaaangat ringan tulang. Dia tak pernah nak paksa orang kalau orang tu tak reti. Tapi kalau kau? Sampai ke hati nak biarkan mak mertua kau tu buat apa2 sorang diri? Kang jadi apa2 dekat orang tua tu, kau jugak susah. So macam tulah aku. Walaupun aku ni tak reti serba serbi, tapi aku ni berbudi bahasa, tolong sikit2, teman dia mane jelah dia nak pegi.

Oklah, bukan tu pun sebenarnya aku nak bagitau. Bukan entri ni pasal ibu mertua ku ajijah (bukan nama sebenar). Simbol buffering dekat atas tu je aku nak bagitau. Setakat harini, persiapan kahwin dah hampir 98% siap. Tinggal jumpa untuk bayar balance je. Masa nilah semua kakitangan bergerak. Orang sana sibuk, orang sini sibuk, orang itu orang ini. Haih semuanya sibuklah, senang citer. Yang aku tau, aku datang hamek je. Kalau  tak puas hati, complaint! Customer is always right tau. So kita ada hak untuk complaint.

Untuk kawan-kawan yang tak dijemput tu, buatlah muka tak malu sikit tanya kau tu dijemput atau tak. Sebab kadang ade yang aku terlepas pandang. Yelah, banyak benda lagi aku nak pikir dari aku pikir pasal korang sorang2. So jangan malu jangan segan, buat je muka tak bersalah kau tu tanya aku sendiri yek!

Okay lah. Aku chaw dulu. Lepas majlis aku cerita lagi pasal pengalaman aku jadi seorang isteri ya. Tapi takyah lah tanya aku soalan yang tak munasabah. Tangan aku ringan je nak hanyun sebijik! *Hahah*

Nak tahu, kahwin laaa. Takyah sibuk tanya yang orang punya. Lain orang lain caranya. *Maaf agak lucah*. Daaaaaa

Wednesday 23 July 2014

ISTERI

1. TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.


2.MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.


3.MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat-cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.


MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.


MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.


4.PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

Sunday 20 July 2014

THE DAY

 " The Day" merujuk kepada hidup seorang anak gadis yang sedang mengharungi hidupnya dengan riang dan sedang menunggu hari yang dinantikan untuk diijab kabulkan dengan pasangan hidup pilihan hatinya. First semua orang sedang kusyuk membuat persiapan raya, tapi bagi aku tidak. Walaupun niat hati nak sangat habiskan masa sebagai seorang bujang. Nak enjoy dengan sepupu sepapat, sanak saudara tapi apakan daya, semua dah takdir. Aku redha....

" The Day "
Hari yang paling tak dapat dilupakan. Dimana hari ayah diserang penyakit angin ahmar. Ya Allah waktu itu, hanya Allah saja yang tahu macam mana sebak hati mendengar bait-bait kata ayah pada anak sulungnya. Menangis Ya Allah. Ayah tak lagi macam dulu yang boleh bergerak ke sana ke mari. Bukan lagi macam dulu yang boleh membelai manja rambut anak gadisnya. Menggunakan sebelah badan, dia cuba untuk kuatkan diri, tabahkan hati melalui hari-hari seperti biasa. Terkadang ayah menung memikirkan sesuatu. Allahurabbi, lebat airmata menangis bila suapkan ayah makan, bila ayah mula menyebut perkataan "mati" pada malam itu.

" The Day "
Hari makin hari kami redha, ini ujian dari-Nya kerana Allah masih sayangkan kami. Oleh itu Dia menurunkan ujian ini untuk hambaNya. Kami ikhtiar, kami tawakal, kami menadah tangan memohon doa siang malam tanpa jemu, dan kini Alhamdulillah semuanya semakin hari semakin pulih. Keceriaan ayah yang dulunya hambar sementara, kini kembali. Bergelak ketawa, tersenyum lebar walaupun masih ada ketika ayah sendiri, dia seolah memikirkan sesuatu. Entah apa yang difikirkan, wallahualam.

" The Day "
Hari ini hari yang dinantikan untuk bakal pengantin ini. Menghabiskan masa mereka bersama mencari kelengkapan untuk meniti hari bahagia yang bakal tiba. Hari demi hari menyiapkan segala persiapan untuk terlihat sempurna pada hari itu. Sanak saudara dan sahabat handai datang meraikan hari mereka, tidak mustahil lah mereka ingin kelihatan seperti merpati dua sejoli.

Sepintas lalu tentang " The Day " untuk entri kali ini. Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Eidul Fitri yang bakal tiba. By Amira

Monday 21 April 2014

Indahnya Saat Itu

Sahabat....
Tak kusangka waktu begitu cepat sekali
Tak ku duga hanya sebatas itu kita bersama
Seakan baru kelmarin....
Aku melihat senyum , canda dan tawa mu

Sahabat....
Ku merasakan betapa indahnya saat itu
Dan tibalah saatnya kita harus berpisah
Melangkah mengikuti takdir yang telah tertulis
Dalam ruang dan waktu yang berbeza

Sahabat....
Sudah menjadi lumrah hidup manusia di dunia
Yang datang pastinya kembali
Kadang kita membuka
Suatu saat kita akan menutup
Dan di setiap pertemuan pasti ada perpisahan....

Sahabat.....
Waktu telah mengantarkan kita pada satu titik pemahaman
Bahawa di dunia ini tak ada yang abadi
Sedikit pun tak pernah terpercik di hati ini
Tak pernah terlintas untuk berpisah dengan kalian
Meski itu hanya sementara
Tapi apalah daya , waktu telah merampas segalanya dari kita

Sahabat....
Saat perpisahan ini harus menyapa
Ku tak ingin kau titiskan air mata
Ku tak ingin kau berduka
Kerana hati kita kan tetap bersama
Ku akan selalu ingat
Kalau kita mempunyai cerita
Kan selalu ku kenang....
Saaat gembira mewarnai hari ku
Saat tawa menghiasi bibir ku
Semoga kita berjumpa suatu saat ditentukan....


Wednesday 9 April 2014

Berhijrah keranaMu


         Aku seorang gadis yang dulunya kehidupan terlalu memikirkan duniawi. Tidak pula terlintas untuk mencari bekalan dan persiapkan diri untuk menemui Sang Pencipta. Aku leka, aku alpa dengan kerja di dunia sahaja. Aku terlalu berseronok tanpa memikirkan apa yang sewajibnya sebagai umat Islam lakukan. Dulu sedang aku berjalan dengan rakan-rakan lain, aku terlihat terlalu ramai gadis yang Allah kasihi. Tidak seperti aku, cuma dikasihi ramai jejaka yang entah apa-apa perwatakan mereka.
      Pernah satu ketika, aku terlihat seorang gadis bertutup litup melintas di hadapan aku. Pada saat itu aku sedang keluar berduaan dengan lelaki bukan mahram. Sedang aku lihatkan gadis itu, aku bertanya sendiri "tidak panaskah dia bertutup litup seperti itu? Cuma ke tempat biasa sahaja ingin bertutup litup. Untuk apa?". Ya Allah, bersalahnya aku berkata demikian terhadap gadis yang dikasihi-Nya. Sedangkan aku pada waktu itu berseluar jeans ketat kerana mengikut trend semasa, berbaju sendat, dan tudung yang diselempang di atas bahu. Walaupun bertudung, tetapi aku sanggulkan rambutku setinggi bonggol unta, dan masih kelihatan bayang-bayang rambutku. Seolah aku membalut auratku, bukan seperti yang dituntut oleh Islam. Ya Allah malunya aku dengan Engkau.
       Tidak pula aku titikberatkan soal solat lima waktu sehari semalam. Kedua orang tuaku tidak marahkan kami adik beradik untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam. baik di rumah mahupun kami keluar bersama-sama. Aku terlalu jahil akan tentang agama Islam. Kami adik beradik selalu tidak menghadirkan diri ke sekolah rendah agama dengan alasan sekolah itu cuma membuang masa. Aku pula terlalu memberi tumpuan terhadap title sebagai atlet pingpong sekolah pada waktu itu. Ibu dan ayah pula tidak melarang.
       Umurku seawal 20 tahun, Allah memberiku peluang untuk menuju ke jalan yang benar, dia memberiku peluang untuk menjejakkan sepasang kaki ini ke tanah suci Allah, Mekkah. Sepasang kaki ini dulunya sering ke tempat yang bukan-bukan. Dulunya sering ke tempat-tempat maksiat. Kini telah menjejakkan kaki ke suatu tempat yang diingin setiap umat Islam. Suatu tempat yang sangat memberikan ketenangan kepada setiap yang datang berkunjung.
       Pada ketika itu, tak dapat aku gambarkan perasaan aku setelah melihat Ka'abah di depan mata. Aku menangis kerana aku seorang yang terlalu banyak dosa terhadap Allah, akhirnya Dia memberi peluang untuk aku kembali ke jalan-Nya sewaktu usia mudaku. Dengan tangisan, aku mengelilingi ka'abah tersebut yang sering dibanjiri ribuan orang. Aku terpaksa bertolak-tolak dengan berbagai jenis umat. Subhanallah, tak tergambar rasanya. Aku mohon untuk dipertemukan jodohku dengan orang dari golongan yang soleh supaya dapat membimbing dan mengajarku lebih lagi tentang agama. Setiap hari aku berdoa dihadapan ka'abah.
       Sehingga suatu ketika, aku berpeluang mencium hajjarul aswad. Aku  yang sudah selesai melakukan tawaf sunat, ayah mengajak untuk masuk ke dalam ruang separa bulatan di tepi kaabah (aku lupa namanya). DIsitu terlalu ramai yang menangis memohon doa, termasuk aku. Aku menangis memohon ampun dari Allah. Ya Allah, kerdilnya aku pada saat itu. Aku takut akan seksaanMu. Setelah selesai, aku berpeluang memegang kain sutera kaabah. Aku letakkan mukaku di kain tersebut. Ya Rabbi, sejuknya kain ini. Tenang sebentar hatiku, lalu aku menangis. Kini aku sedar mengapa ada diantara mereka yang berdiri di kain itu dan menangis. Kemudian, kami berpeluang untuk mencium hajjarul aswad. Walaupun sesetengah individu mengatakan itu tidaklah sewangi asalnya, tapi aku tidak hiraukan. Disaat ingin mencium hajjarul aswad tersebut, aku terpaksa merempuh beberapa jenis lelaki berbadan sasa tetapi keinginan untuk mencium batu tersebut terlalu tinggi, maka ku gagahkan juga. Sehingga aku fikirkan tentang kematian sewaktu merebut peluang tersebut. Dan akhirnya mendapat peluang itu. Sewaktu mencium, aku menangis. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa umat ini yang bertungkus lumus untuk mencium batu hajjar aswad ini. Dosa-dosa umat Islam yang telah meninggal dunia. Kerana ketika itu, aku tergambar wajah arwah along.
       Kini, umurku genap 21 tahun dan aku sudah bergelar tunangan orang. Alhamdulillah, aku mendapat seorang lelaki yang boleh membimbing dan mengajar aku perihal agama Islam. Ibu dan ayah pun kini sudah berubah setelah pulang dari umrah. Idham, seorang lelaki yang cukup tinggi kesabarannya melayan kerenah aku. Dia jugalah yang kini menjadi tempat aku bertanya tentang agama Islam. Alhamdulillah, dia jugalah menjadi pendorong untuk aku berubah sedikit demi sedikit.

"Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu. Dari itu kurniakanlah, keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar"

Monday 7 April 2014

LaBourse Shampoo Set

Slmt petang. Ptg ni taknak cerita banyak, just nak buat review sikit je psl produk yg baru sampai dkt Myra. LaBourse Shampoo set. Actually myra lebih suka jual produk yg myra sendiri dah pernah pakai, so kat situ boleh laa nak explain dkt customer kalau myra jual produk yg myra dah pakai. And myra boleh yakinkan org yg produk myra jual ni tak fake, original product. Knp myra ckp camni??? Sbb myra beli produk utk dijual dkt supplier yg sama sgn myra beli utk kegunaan sendiri. Sama jgk macam vitamin C dan floral mask. So jgn risau.

So nak cerita sikitlah apa kelebihan/kebaikan Labourse Shampoo ni. Nanti sng sikit kerja myra takyah nak explain byk kali coz entri ni pun akan dipublish kan. Ok, ini antara kelebihan yg korang akan dpt bila dah pakai produk Labourse ni.

  1. dapat mengurangkan keguguran rambut
  2. melebatkan rambut melalui pertumbuhan babyhair
  3. rambut akan menjadi cepat panjang
  4. mengurangkan kelemumur rambut
  5. menguatkan akar rambut
  6. mengurangkan kerosakan rambut setelah diwarnakan, digayakan dgn bermacam style
  7. rambut tidak kering
So itu adalah serba sedikit kelebihan produk shampoo LaBourse ni. FYI, sapa tak kenal blogger and cute mommy kpd Saif, kak dena bahrin. Dia adalah salah sorang pengguna LaBourse ok. Utk yg berminat nak cuba, boleh tgk set shampoo dibawah yaa.







Ada jugak myra jual single item, tapi untuk yang baru nak mencuba produk ni, digalakkan untuk cuba dlm bentuk set dulu. Sbb dia merawat dan memulihkan masalah rambut korang tu. Lepas rambut dah ok, terpulang lah nak beli single item tu. Kebiasaannya ramai keep on pakai produk ni sbb memang sangat memuaskan! Oh lupa nak bagitau, myra dulu ada masalah kulit kepala berminyak, rambut gugur terlalu banyak, rambut nipis. Jadi, dgn set shampoo ni, takde masalah lagi. Kalau nak cuba, boleh whatsapp 012 9622 671. TQ

Sunday 6 April 2014

#Floral Mask

Assalamualaikum....

Today nak introduce sikit produk yang baru shj menembusi pasaran M'sia ni. Agak laris jugak produk ni dijual, kira-kira hampir 10 ribu lah dah habis dijual. Produk yang bagi effect sgt cepat untuk skin korang tu. Produk ni dah mcm pisang goreng dah skrg ni. Cepat sgt habis, memandang harga pun berpatutan. Mesti korang nak tahu apa benefits produk ni kan? Biar aku cerita sikit ya.


"Mask ( peel off) yang berwarna 'purple' dengan haruman lavendermerupakan satu - satunya dalam pasaran Malaysia99.99% pasaran mask Malaysia harini adalah mask berwarna hitam atau putih dan tidak mempunyai sebarang bau"

Berfungsi sebagai :



  1. melindungi kulit dari pencemaran
  2. lembut tanpa menipiskan kulit
  3. EFFECTIVE UNTUK MENGHAPUSKAN bintik hitam & kekotoran yang degil
  4. MENGAWAL MASALAH KULIT muka berminyak !
  5. MENYAH TOKSIK PADA WAJAH yg jd punca jerawat
  6. SANGAT DI GALAK KAN UNTUK KULIT muka sensitif & berjerawat

Kandungan di dalam floral mask ni :


  1. produk mengandungi 7 BAHAN AKTIF PRODUK berfungsi 
  2.  untuk membersihkan serta mencantikkan kulit anda
  3. mempunyai MOISTURE COMPLEX untuk kulit kering dan kusam
  4. Vitamin A, B3, C, E untuk merawat kulit jerawat dan jeragat
  5. Q10 berfungsi menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan
  6. HYALURONIC ACID melindungi kulit dari pencemaran dan radiasi uv


Gambar testimoni floral mask akan diupload di instagram @bycikmyra dan juga facebook page Mz Beauty Skin. So boleh tgk testimoni yg dah berjaya yaaa. Tak larat nak upload semuanya dkt sini.

** Oh yaa, lupa nak bagitau. Floral Mask ni kalau consume dgn vitamin C + 1000mg Rosehip, insha Allah dpt kesan yg korang sendiri tak sangka. Semua nyaa dgn izin Allah. Slmt malam :)

Saturday 8 March 2014

Saki Baki


Aku nak grad dah woii !!!! *jerit atas bangunan*. Macam lah org dengar ihikss. Ok, actually ini adalah minggu terakhir aku sebelum bergelar bekas pelajar UiTM Jengka. Haih macam sedih pulak nak habis ni. Yelaa, sebab taktau lagi bila nak jumpa dgn kembaran aku yg berdua tu. Dahlaa jauh, harapkan text, call. Korang, nanti jgn lupakan aku tau. Hmm. Almaklum laa, dkt Jengka ni, kita cuma bertiga je, tak kisah hape pun jadi, kita harung jugak. Dan paling penting walaupun harung dgn airmata cuma sepuluh lima belas minit, lepastu kita back to normal, gelak tak heengat. Biarlah kan org nak cakap airmata ni airmata palsu ke tak ke. Kita je tau sapa hipokrit dan sapa tak. Kan? Kan?

Citer pasal habis belajar, teringat whatsapp aku dgn adik yg selalu jadi penasihat.
M : aku sedih la, tggl berapa minggu je lagi.
E : bukan kau suka ke?
M : mmg la suka tp aku sedih sbb taktau bila lagi dpt jumpa kembar
E : ala, kau kan boleh contact dorg. lagipun nanti kau ajaklah dorg dtg wedding kau
M : hah tulaa, angah harap pun dorang dpt datang. dorg jelah yg ada masa dkt sini
E : relaks laa ngah

Lebih kurang cenggitu lah. Walaupun lepas kahwin nanti aku duduk lanchang, tak semestinya aku dpt jumpa dorang. Walaupun ada henfon utk contact setiap hari, tapi tak semestinya 24 jam dapat mesej. Hmm apelah nasib. Apepun, goodluck utk korang berdua ya utk final exam final sem ni. Aku doakan special utk korang. Hehehe

Thursday 6 February 2014

Family Day 2014


Assalamualaikum. Its about our big family having a holiday together. Soooo enjoyable and I'm sooo excited during our family day. Tell you what, kami arrived di Hotel Marina Cove tu, kami settle 'bout our own apartment. And aktiviti bebas after that. So encik tunang get his rest, ayah topup tidur, aku dengan adik pegi apartment our aunty untuk pelahap makanan.

At the first night which is Jumaat malam Sabtu, all of us berkumpul untuk bacaan tahlil dan solat berjemaah yaa! And after that dinner time. Suddenly my uncle buat contest teka gula-gula. Semua take part dalam game tu sebabnya just teka je kan. Late night, semua too tired and we all get our rest.

Keesokan harinya around 2 p.m, our actitvies began. Bermula lah sukaneka and what so ever tu kan. Started with acara kanak-kanak, guess what?? Sepupu sepapat yang umur lebih 20 tahun pun disuruh join game kanak-kanak tu tau! Hahaha. But as a leader team okay. Half prepared a barbeque for our lunch and the rest busy with the games. Encik Fiance hired as a photographer tak berbayar. Ekeke

Petang pun menjelma and the sunset pun dah timbul kan, tiba masa untuk pulang ke apartment. At 9 p.m, pergi melepaskan nafsu untuk berenang di tepian kolam. So beramai-ramai lah ke kolam renang berdekatan. Tapi encik fiance naik awal sikit sebabnya he got work to do maybee! So the rest still menikmati air malam. Kahkah. After semua orang naik, masa yang ditunggu has arrived!

Happy Birthday to You! Happy Birthday to You! Credit to Cik Mansor, My Dad and for sure Me (peace yaw) Hahaha. Make a wish then cake cutting. Everyone busy with having their kentucky fried chicken and cake too. Everyone tired 'cause of siang tu games kan, so semua pun pulang ke apartment masing-masing.

Keesokannya, its time for us to back our home and back to normal. Kerja and school as usual. Haih too fast kan? Such a great moment in there. Gonna miss Lumut!



Sunday 12 January 2014

TENTANG AYAH

Sedang aku leka bermuka buku, aku terlintas untuk membaca satu artikel mengenai pesan ibu tentang ayah. Pilu hati membaca sambil mengenang perngorbanan seorang ayah. Jom sama-sama hayati "PESAN IBU TENTANG AYAH"

Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu.
Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.