Tuesday, 25 December 2012

Water World @ i-city


Assalamualaikum as pembuka cerita & entri kalini. And “hello” to non-muslim.

Sementara menghitung hari untuk habis cuti mid term ni, aku nak spend time dekat blog harini and nak cerita dekat readers pasal I-city water world. Semalam aku, adik and brother-in-law “to be” pegi main air kat sane. Actually plan nak pegi dari hari Ahad minggu lepas lagi tapi macam takdak kesempatan nak pegi, so semalam cuti krismas, kitorang pun nekad nak pegi jugak.


Beginning aku dengan family nak pegi breakfast then ibu suruh terus pack barang untuk pegi sane sebab maybe lepas breakfast tu terus ibu nak hantar pegi sane. Kitorang pun okay jelah. Then tengah sarapan, dan laa adik nak kejutkan kesayangan dia and suruh siap siap.

Alright around eleven kitorang arrived dekat I-city tu tapi sesat baghat pulak nak carik entrance dia. Hahaa. Rupenya dekat luar je. Okay, aku nampak dekat kaunter beli tiket tu ghamai sangat, maybe sebab semalam cuti umum kan, so ramai lah yang ambik kesempatan nak masuk sane. Then kitorang pun beratur jugak laa. Orang ramai bukan batu penghalang kitorang nak masuk sebab plan dah lame sangat. Ceewah ayat aku. Hahaha.



Bila sampai turn kitorang, kitorang pun deal semua. And the price quite expensive. Kitorang bertiga je total RM 185.00 huhuhu. Bila dah siap beli tiket semua, pegi dekat ayah balik then ambik barang dalam kereta. Then lepak bedua dulu while tunggu pakwe adik sampai. Bila dia dah sampai, kitorang pegi counter check bag then pegi tukar baju. Dah siap semua, pegi counter locker pulak sebab nak dapatkan locker kitorang. Done everything, kitorang pegi carik pelampung lah ape lagi. Puas mencari, kitorang decide tanye life guard kat situ.

Dah dapat pelampung tu, korang nak tau kitorang main ape dulu? Hahaha. Kitorang main benda ni dulu.

Actually benda ni kena cukupkan empat orang. Tak boleh tiga or kurang. Sampai atas, life guard yang jaga tu suruh duduk tepi dulu, dia panggil orang. So life guard “handsome” datang. Hahahaha. Okay, dapat main benda ni laa citer dia. First time naik benda ni, jantung kitorang tiga orang macam nak tecabut dah woii. Tapi abang life guard tu relaks je. Maybe dia dah biasa kot.


Nampak tak part menjunam tu? Hah, part tu lah paling ngeri sebab turun laju je. Dari part tu sampai lah habis. Sumpah ngeri. Hahaha. Pakwe adik yang lelaki tu pun boleh jerit. Ni kan kitorang perempuan.

Okay habis dekat situ. Dah puas main benda tu, kitorang main air dekat area sini je. Sebab kitorang main dengan ombak. 



Hekhek. Saaampai lah kitorang rase lapar, kitorang pegi makan. Then dah siap2 makan, kitorang main air lagi sampai 3.30pm sebab semalam “krismas operation” so dorang tutup 4.30pm.

Dah puas, kitorang naik pegi dekat locker, tukar baju semua. Then sementara tunggu ibu, kitorang beli jagung  cawan and makan lagi. Hmm. Penat menaip dah. Cerita pun dah habis. Last but not least, kalau belum pegi sini, pegi lah. Sure korang rase puas sebab nampak macam kecik tapi bila masuk sini, besar jugak tempat dia. No wonder digelar Water World. 



The end_

Monday, 24 December 2012

Saya Kenal Sayang Saya.



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“Saya mungkin baran tak kira masa”
“Tapi saya tahan kalau yang salah saya”
“Saya mungkin saja keras kepala”
“Tapi saya manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2010/10/lirik-lagu-150-juta-fyn-jamal.html#ixzz2Fxx6VWnJ

Tuesday, 4 December 2012

Welcome Part Four.

Assalamualaikum.

Hi to non muslim readers. First thing is me glad to wish Thanks God cause still giving me a chance untuk teruskan hidup sebagai seorang student UiTM and still belajar in diploma bussiness management. Alhamdulillah dah semester empat sekarang. Umur pun dah hampir twenty years old. Omaigadd, rasa macam dah tua pulak. Hihihi. But its okay, umur tu cuma angka je. Tak penting pun. Haha !

Okay, bila dah start semester baru ni, baru terasa penat belajar. Yelaa, subject makin lama maaakin susah. And its all have to read. Err, aku langsung tak minat membaca. Tapi nak buat acanor? Nak taknak kena telan jelaa. Sebab jalan ni yang aku pilih. In shaa Allah dengan sokongan family, friends and orang paling aku sayang, aku kuat nak teruskan belajar. Harap harap Allah permudahkan untuk aku belajar dalam semester empat ni.

Actually takdak benda pun nak dikongsi kan pagi pagi ni. Cuma disebabkan terlalu bored and blog pun dah lama tak update, so aku pun decide nak kongsi dengan korang fasal semester yang baru bukak ni eventhough aku belum pun start kuliah and aku still dekat home sweet home. Hekhek.

Okay done. Byee :')

Sunday, 11 November 2012

Me Love Them


Assalamualaikum. Heyy boboy and gegirl there. Hope korang sihat and chill chill ja okay. First thing, sorry cause dah lame bebenor tak update blog ni. Takdak cerita nak dikongsi dengan korang. Kalau nak cerita fasal ex couple macam tak best je sebab malas nak bukak buku lama dah. Harini baru laa dapat ilham nak create apa. Hehehe.

Okay, about 10/11/12 tu ramai jugak yang update dekat facebook and twitter. Ade yang anggap hari tu hari paling bahagia. Ade jugak yang anggap hari tu hari paling malang. Takpe laa, apepun yang jadi, asalkan korang enjoy dengan life korang.

Hah, nak tahu ape yang jadi dekat aku on that date? Agak happy jugak laa sebab tarikh tu tarikh aku couple dengan si gemok aku balik, Muhammad Khairul Firdaus. Actually dia bukan orang baru, bukan kawan baru, bukan jugak kenalan baru aku. Tapi dia pernah datang dalam hidup aku dulu untuk setahun lebih membahagiakan aku, menjaga aku, menjadi sahabat istimewa, ada dengan aku bila susah and senang aku, and etc. So aku dah faham dia macam mane and dia pun dah faham aku macam mane. Hee.



Ni dia orang nya. Muhammad Khairul Firdaus bin Rus Azizi. Gambar ni gambar baru je ambik masa kitorang pergi kenduri kakak kawan kitorang tengahari tadi. Nampak tak chemistry kitorang kat situ? Hahaha.

Okay, entri ni bukan untuk love aku je. Tapi untuk kawan kawan aku jugak. Kitorang dah lame tak jumpe kan, so kitorang decide untuk spend time together. So ade laa sikit gambar kitorang, tapi still tak cukup quota laa. Ape yang ado jelah ye :’)

Nahhh. Untuk korang tengok.






Okay laa. Itu je untuk entri kali ini yaa. good night guys :')

Monday, 29 October 2012

Tips Untuk Melupakan Seseorang




1. Menyibukan Diri
Sibuk dengan berbagai aktivitas tidak hanya membuat seseorang menjadi orang yang sukses dan berdikari. Apabila seorang ingin melupakan orang yang dicintai menyibukan diri dengan berbagai kegiatan bermanfaat salah satu cara praktis dan elastis. Jadikan rasa sayang terhadap dia sebagai motivator dalam meraih kesuksesan. Dengan kesibukan maka kita akan lupa dengan si dia sedangkan kesuksesan pun kita raih.

2. Tidak Berusaha Melupakannya
Hendak melupakan seseorang bukan berarti harus berusaha untuk melupakannya, apalagi sampai menghabiskan energy hanya untuk melupakan si dia. Justru dengan membiarkan berjalan alami akan lebih mudah melupakan seseorang. Hanya menghabiskan energy jika berusaha mati-matian untuk melupakannya , sebaiknya manfaatkan energy untuk melakukan hal-hal yang bermanfaat bagi diri sendiri dan orang lain.

3. Tidak Membenci
Dari rasa sayang akan muncul kebencian,demikian sebaliknya dari rasa benci muncul rasa sayang. Dengan membenci orang yang pernah dicintai akan menyebabkan rasa sayang itu akan muncul kembali dikemudian hari sehingga untuk melupakan dia semakin sulit, alangkah baik tidak membenci juga tidak mencintai. Dalam ajaran agama selalu dianjurkan tetap seimbang antara suka dan duka , rasa benci dan cinta maka dengan demikian seseorang akan memperoleh kebebasan ataupun kemenangan, kemenangan atas kehidupan yang sejati.

4. Mencari Pengganti
Apabila 3 cara diatas tidak dapat dilakukan, cara ini mungkin tepat untuk seorang yang belum berpikir dewasa. Dari sudut pandang saya pribadi, mencari pengganti si dia dengan orang lain adalah cara kurang tepat sebab besar kemungkinan orang yang dijadikan penggantinya hanya sebagai pelampiasan. Meski kurang tepat namun bagi orang tertentu cara ini baik untuknya.

5. Mencari Keburukan
Setiap orang pasti memiliki kekurangan , di dunia ini menurut kitab Slokantara manusia tidak ada yang sempurna bahkan malaikat sekalipun. Selama kita bercinta dengan seseorang sedikit tidaknya pasti mengetahui sisi buruk si dia. Saat ingin melupakan si dia , carilah sampai ke akar-akar sisi buruk dia, mulai dari fisik sampai sifat atau karakter yang dimiliki sehingga rasa sayang yang kita miliki akan lentur dan lebur . Mencari keburukan orang lain mungkin salah dari berbagai sudut pandang, baik etika,moral maupun agama. Tetapi cara ini juga baik untuk dilakukan meski keliru, keliru demi kebaikan diri sendiri .

Saturday, 11 August 2012

Untittled

Assalamualaikum. Are you there ? Okay bismillah. hm, boring laa sebenarnye. taktau dah nak buat ape hari ni. and, bukak blog ni pun taktau nak tulis ape untuk santapan korang. tapiiii, memandangkan blog ni pun dah lame sangat bersawang, aku bukak jugak laa and create something. so harini macam macam citer laa akan ade dalam entri kalini. dah macam rojak pulek ! haha. hope korang tak boring la bace kan. first thing, betul ke hari ahad tu hari paling best ? kenape korang beranggapan cenggitu erk ? bagi aku, kalau tak balik klang hari minggu, itulah hari paling bosan tau. hehe. aku taktau laa ape je aku nak kerja kan hari camni kalau tak balik klang. nasib laa dah nak cuti raya ni, so aku rase pun kalau balik klang, tak berbaloi sebab tinggal brape hari je lagi nak tutup dah uitm ni.

Ohh. terlanjur masuk topik raya ni, nak citer laa fasal pengalaman puasa tahun ni. boleh dok ? tak sangka kan, pejam celik jee, minggu ni merupakan minggu terakhir kite semua berpuasa. *erkk, betul ke minggu akhir ?*. hm, korang ada tinggal puasa tak untuk tahun ni ? jangan tanye aku ade tinggal ke tak eh, sebab dah name pun fomfuan tu istimewa disisi Allah s.w.t kan, so takdak satu pun dari fomfuan yang terkecuali dari tinggal puasa evenpun sehari. untuk tahun ni, aku tinggal puasa untuk enam hari jeww. time puasa ni nampak je enam hari tu macam sikit, tapi bila nak qada' balik tu, haha ! enam hari dah macam enam tahun seh. baru sehari qada' puasa dah tak larat laa. apetah lagi yang berhari hari tu kan. apepun, hopefully puasa kite semua untuk tahun ni, diterima-Nya dan ape jugak amal ibadat yang korang lakukan dalam bulan puasa ni pun harap diterima Allah. amin.

Okay, cerita fasal raya pulak ye. korang semua dah buat persediaan nak raya ke ? atau still ada lagi yang belum shopping ? *ohh, its me : )* aku belum pun shopping ape ape untuk raya tahun ni. this were my first time shopping lambat, so taktau laa ade lagi ke tak barang saiz aku ni, al maklum laa, saiz badan macam aku ni limited sikit, haha ! memandangkan aku belum shopping ape ape lagi, so aku pun decide untuk balik cuti raya awal sehari. so, aku still ada mase untuk buat persediaan raya tahun ni. tema baju raya colour coklat : ) ada yang sama tak ? hihii.

Korang korang, raya tahun ni raya kat mane ?? aku taktau laa macam mane plan sebenar family aku ni. parents tak dapat cuti raya tahun ni T__T so maybe raya dekat rumah jelaa kot. tapi ibu cakap insya Allah kami akan pulang ke kampung halaman ibu dekat Kuantan pagi raya kot. so orang Kuantan, wait for us okay ! kalau ikut pada plan asal, kami sempat berpuasa dengan sedara mara di kampung tapi apekan daya. kite mampu merancang, Allah yg tentukan semua nye. so, sebagai penutup entri kalini, aku nak make a wish untuk semua followers, friends, readers laa. aku nak wish "Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri". haha ! walaupun aku tau ini terlalu awal. sebab aku takut tak sempat nak update blog menjelang raya tu. so, nantikan citer citer seronok kami sekeluarga pagi raya and sepanjang hari raya tau ! thanks untuk membaca. assalamualaikum :*




Monday, 30 July 2012

TIGA CARA MERAWAT HATI YANG LUKA

Merawat hati yang luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan di luar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah  mustahil. Ianya terpulang kepada diri sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini. T5 akan menyenaraikan 3 cara mudah yang mungkin dapat membantu anda.

Menangis – menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.

Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat – sesuatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alas an mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memndamkan perasaan.

Sibukkan diri – suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang ? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sebagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.
The end _

Friday, 27 July 2012

RAHSIA KEJADIAN WANITA

Okay, aku cuba edit entri kalini untuk tatapan umum. Eventhough ada yangg dah bace about this, tapi aku teringin jugak nak post. But, aku try create by my own style. Hope guys enjoy yaa : )


Sesungguhnya setiap satu kejadian daripada Allah SWT itu ada hikmah dan rahsia NYA. Bermula terjadi perbicaraan antara Allah dan Malaikat-Nya mengenai makhluk ciptaan-Nya  yang bergelar “WANITA”. Sesungguhnya ALLAH SWT memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita…padahal boleh saja Allah menyatakan “Kun, Fayakun”… jadilah, maka jadi… tetapi Allah Maha Bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apa pun yang hendak dibuat harus tersedia waktu dan masa yang cukup dan perlu proses kejadiannya. Malaikat menghadap Allah dan bertanya : “Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?” maka Allah menjawab : “Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya.” Malaikat terkejut dan berkata : “Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil.. Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman : “Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam…” Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : “Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!” Allah menjawab : “Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.” Malaikat bertanya: “Apakah dia bisa berpikir?” Allah menjawab : “Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat.

 “Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :”Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?” Allah menjawab : “Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata… dan di situ terletak banyak beban berat.” Malaikat bertanya : “Kenapa mengalirkan air mata? Allah menjawab : “Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya…” “Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya karena senang dengan keluhan (air mata) nya”. Al-Hadits “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.”

Thursday, 26 July 2012

ALLAH SENTIASA BERSAMAMU

"When I was alone and had nothing, I asked for a friend to help me to bear the pain. But no one came except Allah"

Itu yang aku rasakan saat ni. Kadang-kadang, apa yang kita nak, itu yang kita tak akan dapat. Mesti semua orang familiar dengan ayat tu. Mungkin, bagi aku untuk carik yang sama dengan dulu tu memang susah. Bukan mudah ! Dan mungkin jugak orang tu cuma satu dalam seribu. Tapi aku percaya dengan Takdir. Bagi aku jugak, apa yang aku miliki sekarang, tak sama dengan apa yang aku pernah ada dulu. Bezanya, cuma Allah yang tau. Aku yakin, bila sampai masanya, terbongkar jugak apa yang aku pendamkan selama ni. Allah maha adil. Dia tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya termasuk aku. Dia dah tetapkan dalam diri setiap masing-masing. Dia jugak dah atur dengan cantik. So, apa yang berlaku pada kita harini, semua nya punya hikmah tersendiri. Sebenarnya, aku cuma tak mampu nak bergantung dekat diri sendiri untuk selesaikan masalah yang datang dan aku tak yakin dengan diri sendiri untuk tempuh semua dugaan yang menimpa jugak yang mendatang. Saban hari aku menangis, cuba mencari ketenangan yang aku sendiri tak pernah rasa. Alhamdulillah, bulan Ramadhan ni lah bulan yang memberikan aku ketengan berganda. Aku dekatkan lagi diri aku dengan berterawih selain buat yang wajib dalam bulan mulia ni. Allah jugak titipkan seseorang untuk aku. Untuk teman aku lalui hari-hari mendatang supaya aku takkan jatuh lagi suatu saat nanti. Bersyukur sangat-sangat :) Aku harap dan aku sentiasa berdoa, semoga seseorang tu akan menjadi yang halal untuk aku dan boleh bimbing aku sampai jannahNya, dan teman aku sepanjang masa untuk aku tempuh semuanya sebab bagi aku, aku dah tak mampu nak tempuh sendiri. Aku tak sekuat dulu. Suddenly, aku terbaca ayat azimat ni untuk aku jadikan pembakar semangat harungi hari-hari mendatang :

"Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, pandang lah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu"

CREDIT TO      : rima (bukan nama sebenar)


Monday, 16 July 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN !

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Entri kalini pasal Ramadhan Al-Mubarak, yang kami as umat Islam nantikan dengan penuh debaran dan gembira yang teramat sangat. Alhamdulillah Ya Rabb kerana Engkau memberikan kesempatan kepadaku untuk bertemu dengan Ramadhan, bulan suci ini untuk kesekian kalinya. Myra rase excited sangat nak sambut Ramadhan kalini. And rase tak sabar nak bersahur dan berbuka dengan keluarga tercinta. And, these were my second time berpuasa di negeri orang, Jengka : ) But, it is okay sebab masih diberikan kesempatan untuk berpuasa. Hm, myra harapkan Ramadhan kalini yang terbaik dari sebelumnya. Myra cuba untuk kumpul seberapa banyak pahala dalam bulan paling mulia ni. Kalau ada kesempatan, nak berterawih ramai-ramai dengan kawan. Nak puasa penuh tu mungkin takkan dapat cause perempuan kan special sikit, ABC laa katakan. Hehe : ) Tapi kalau dapat puasa penuh pun bersyukur sangat-sangat. Harap sangat-sangat Ramadhan kalini akan lebih bermakna sebab dapat buat amal sebanyak mungkin. Oleh demikian, sebelum tibanya bulan mulia, saya Fatin 'Amirah Najihah Binti Mohd Zailani ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua, either yang dah baca mahupun tak baca entri blog kalini. Harap dapat maafkan kesalahan myra sepanjang perkenalan kita. Halalkan apa yang pernah myra ambik dari korang semua ye : ) Andd. Myra pun dah maafkan kesalahan korang semua dah. Semoga korang dapat menunaikan ibadah puasa dengan ikhlas dan gembira. Lastly, SELAMAT BERPUASA : )




Monday, 9 July 2012

Sahabat sejati

BISMILLAH
Tibe-tibe teringat kawan sekolah oh. tengok gambar lame kejap, mesti teringat zaman sekolah dulu.






Hehe. zaman sekolah dulu, ade Umi, Dayat, Hizah, Laili, Nad. rindu dorang ni sangat-sangat. tahap cipanzi punye. sekarang kami terpisah jauh gilee. so nak jumpe semua ni memang payah laa. tapi takpe, aku ade kawan baru dekat sini. kejap eh. selingan lagi :]






Zaman dah berubah. dunia pulak dah maju. sekarang aku ade mereka. Dayang, kak Pika, kak Jiha, Kembar, budak-budak program KACA, Syeera, Azreena, Classmate, either musuh or kawan baik, aku tetap anggap kawan aku okay. and its up to you nak anggap aku ape pade korang. memang aku tak setaraf korang. satu je ayat aku sekarang, kawan sejati takkan pernah berubah. meskipun musim itu selalu berubah. and aku harap kawan-kawan aku bukan jenis kawan MAKAN kawan.

Monday, 11 June 2012

Peace Jengka !

Okay, firstly nak wish thanks GOD cause gave me a chance to came back here, Jengka to continuing my business study. Semalam tepat pukul 4.30 petang Alhamdulillah aku and families sampai dekat rumah sewa. Bile sampai, aku espect takda masalah, so terus boleh bawak turun barang. Tapi tak pun, aku masuk jaa dalam rumah nak tengok keadaan rumah, sapa dah balik, tibe tibe jaa nampak barang barang yg aku tinggal before semester break haritu dah ade dekat luar bilik. Then ade misunderstanding sikit. So dekat one hour jugak lah discuss pasal ni jaa, so aku kena pindah bilik. Okay nevermind. Then baru lah bawak turun barang. Bile dah habis barang, aku letak jaa dalam bilik, then aku ikut family pegi carik barang lagi. Sebelum tu jumpe kawan sekolah dulu and now dye jadi junior course aku. Dia beli buku part one dulu, so aku hantar kat dia lah. Then terus pegi Bandar jengka, carik makan dulu. Then baru carik barang. Lepastu balik rumah semula untuk kemas kemas bilik sikit. Al maklum lah, dah 2 bulan terbiar, banyak lah yg datang, hahaa. Dalam pukul 6 lebih dekat pukul 7 baru family balik. Okay mase ni memang aku rase nak balik lah kan, aku taknak dah duduk jengka ni, sebab jauh dgn ibu ayah adik. Tapi aku ade tanggungjawab untuk dorang. Dorang dah balik, aku pun sambung lah kemas rumah balik lagipun roommate baru jaa sampai, so kemas sekali dgn kak shazel. Then dekat pukul 9 baru settle semua weh. Penat takyah citer lah, haha. Then harini pukul 10 pagi tadi aku keluar nak settle kan masalah class pulak. Pegi dengan kawan bername dayang, lame jugak lah dlm library tadi tu. Then aku kena lah tukar class sebab banyak sgt class bertindih, so takut lah nanti jadi masalah kemudian hari. And then, decide nak jumpe advisor terus lah esok, nak suruh dia tolong mane yg patut kan. Hah ! dah settle 2 benda penting pun. Ni nak cakap sikit, esok aku balik klang balik. Then Sunday baru balik jengka pulak, haha. Aku suke buat kerja banyak kali, hewhew. Okay, bytheway sorry sebab dah lame tak update blog ni. Sebab terlalu busy kot. Hmm ? busy amenda lah. Actually haritu broadband lembab, so tak update pape lah. And decide nak update mase dah balik jengka nanti lah. Inipun dah hari kedua dekat jengka baru ade masa nak update. Okay done ! bytheway, welcome back jengka students. Selamat sambung belajar lah yea. Kay byeee :*

Monday, 28 May 2012

Bilakah Izrail mencabut nyawa

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.
Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail,
  
“Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”.
Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka,
“Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?”
Kemudian Allah SWT berfirman:
“Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
Tanda-tanda kematian seseorang
100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Apabila Izrail mencabut nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi,
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Tempat tinggal roh
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
“Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Thursday, 24 May 2012

Kelebihan wanita

Wanita Nak Masuk Syurga ?

SANGAT MUDAH ! ! !


100 share untuk wanita Islam


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Friday, 18 May 2012

Sunat untuk wanita menikahi lelaki :D


Cerita ini aku copy paste dari link _

Kalau betul boleh, aku nak buat jugak. Haha, renung kan dan …. Selamat beramal yea kawan kawan :D



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”. (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah)

Hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21)

Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti:
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50)
Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3). Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.
Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut:

“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah)
Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan:
“Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37)

Meskipun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai rasa malu, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48)

Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat. Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada Rasulullah dengan menyampaikan pesanan Khadijah ra:
“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya:
Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan; Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata:
“Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari; Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah;
“Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya”. (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj)

Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.
“Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38)

Islam adalah agama yang syumul. Hiduplah dibawah panduan syariat semoga bermanfaat di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Waallahualam.