Sunday 6 November 2016

#throwback saif was born

Anak dah tidur, mommy pun update blog. Seperti yg mommy janjikan untuk share pengalaman mommy deliver saif on 29 May 2016.

Alhamdulillah mommy deliver baby saif normal without any complication. Again Syukur ya Allah. Sebenarnya saif overdue 4 hari (if i'm not mistaken) lah. Macam seronok je anak mommy ni duduk dalam perut sampai takde sikit pun tanda2 nak deliver dah. Cuma ada pun tanda2 yg bukan real lah.

Last checkup dengan doc Mastura, mommy lahirkan saif dekat KPJ Shah Alam ye. Kat kpj ni famous doc Siti Esah, when mommy nak start checkup situ mommy request untuk deal dgn doc tu tapi doc tu pack sangat patient, jadi dorang bagi dgn doc mastura. Seronok jugak dgn doc ni pun, over friendly, nice, soft spoken je orangnya. Bertudung labuh.

**Sambung cerita

Masa last checkup tu doc check bukaan jalan, still 1cm je so doc minta balik dulu dan dgn harapan akan bukak tengah malam tu tapi takde pun. Mommy relaks lagi siap boleh berjalan kat mall sbb nak cepatkan bukaan jalan. Doc bagitau kalau takde lagi tanda2, dia extend siap2 seminggu selepas tu datang balik hospital untuk bersalin paksa. Masa doc bagitau tu, mommy was like....em okey. Then balik terus google lah pengalaman mommies yg pernah bersalin paksa ni. Majority cakap sakitlah apalah, but then bukanlah yg macam diceritakan. Maybe lain orang lain kan.

Seminggu selepas dari tarikh last checkup tu jumpa doc, disscus dgn hubs. Doc pun cek blood pressure nampak tinggi sikit. Doc cakap terpaksa lah admit sbb dahla overdue lepastu blood pressure pulak tinggi. Mommy pun terus setuju, hubs masa tu dah bimbang sgt dah, ratus kali dia tanya betul ke. Okey ke. Ready dah ke. Tak sabar ke.

Lepas admit, doc datang wad then masukkan ubat untuk percepatkan bukaan. Lepas masuk ubat tak rasa apepun lagi tapi dalam 2 jam lepastu barulah rasa sakit datang. Contraction okey, real contraction dah. Sampai tengah malam tu pun doc datang cek, jalan baru 2cm. So after 6 hours, doc masukkan lagi 1 ubat. Malam tu mmg tak keruan dah. Tidur pun tak nyenyak dah. Hubs pun tidur sekatil jadi tak nyenyak.

Besoknya dalam pukul 9 pagi after breakfast mommy kena masuk labour room, tapi mommy request untuk jalan. Masa jalan tu siap boleh gelak2, mata pantau je wad keliling sebab wad baru kan. Depan pintu labour room siap selfie lagi dgn hubs. Masa tu perasaan mommy bercampur dah, takut risau happy eksaited semua ada. Yelaaa nak jumpa buah hati baru kan.

After 12 hours dalam labour room, at last keluar jugak pujaan mommy. Masa tu tak tergambar perasaan dah, lega dah lepas saat tu. Nampak pulak muka saif masa tu, terus tak ingat pape dah. Nak gomol je dia sampai puas. Doc letak saif atas dada mommy then selfie2 lagi, lepastu hubs pun forward terus kat atok nenek saif masa tu. Dorang tunggu dalam wad pun lega dah. Cuma tak sabar nak gomol saif je. Nak jumpa saif masa tu.

Sorry, mommy tak cerita details saat teran semua tu. Sebab semua mommy pun hampir sama je sbb dah diajar teknik meneran yg betul kan. Tapi, yg mampu mommy cakap adalah masa tu mmg sakitlah. Mommy tak tipu! Sampai mommy tak fikir dah teknik meneran tu salah ke betul. So sbb tu jugaklah kot mommy dapat 10 jahitan. Hehehe. But then, trust me. Kesakitan tu akan hilang dgn tiba2 bila kita dah nampak muka sikecil yg kita kandungkan selama 9 bulan, kita susah payah harung semua benda between pregnant period tu. Trust me!

So good night untuk semua. Ni gambar saif masa baru je keluar dari perut mommy.

Saif already 5 months!

Well hello everyone! Actually sangat2 lama kan mommy dah tak update blog. Since bila ea? Since dah duduk rumah sendiri, and have a baby ni lagi lah. Langsung takdak masa nk bersosial bagai ni.

Seronok sebenaq nya dah ada baby. My life totally turn 360 degrees. Seriously tak tipu! Emm apa yg berubah tu susah nak cerita sbb panjang lebar kalau nak cerita pun. Soon mommy akan share pengalaman mommy sendiri deliver my little cute hero ya! Stay tuned.

Much love,
Mommy 💋

Sunday 3 April 2016

First trimester


Salam. Harini nak cerita pasal sepanjang menjalani first trimester pregnancy. Mengandung ada tiga trimester, dan paling mencabar adalah trimester pertama, lagi-lagi kalau si ibu mengalami banyak sangat alahan. Morning sickness lah, pening-pening, mood unstable dll. Tapi Alhamdulillah mira takde pun merasa sepanjang trimester pertama tu. Siap lasak lagi adalah, sebab benda sangat kecil, kadang tak rasa pun macam kita ni pregnant. Yang banyak dapat impak ialah husband lah. Katanya mood dia yang unstable, dekat tempat kerja asyik nak marah tak tentu hala, merajuk pun selalu. Dia dapat pening-pening, dapat alahan loya tu. Heee! Walau apapun, Alhamdulillah semua terkawal lepas je masuk trimester kedua.

Pengalaman melalui trimester pertama tu takde lah mencabar sangat sebab nya mira housewife fulltime. So duduk rumah jelah, mengantuk tidur. Lepas kemas-kemas rumah sikit, masak pulak untuk husband balik sekolah, nak lunch kan. Cuma untuk first trimester ni kena ada banyak jugaklah pantang larang. Macam makanan yang sebelum pregnant mira suka, tapi tetiba je jadi tak suka pulak nak makan masa mengandung. Yang selalu mira akan makan buah jambu batu jelah setiap hari.


Buat masa ni, tu jelah kot sebab tak banyak sangat pun pengalaman sepanjang 1-3bulan mengandung.