Thursday 8 January 2015

Facial Treatment

Harini akan ada tiga entri updated. First tadi pasal new year wishes. Sekarang ni nak share tips-tips yang me buat setiap hari untuk body and paling penting muka. Next entri nak share pasal skincare yang aku guna. Ok first, kenapa perempuan ni typical sangat kalau melibatkan muka??? Ini lelaki kena tahu. Dan para suami kena spend duit lebih sikitlah yek. Hehehehe. Sebab muka kan adalah part utama yang orang akan lihat. Kalau pergi pasar sekalipun, perempuan akan tonyoh muka dorang atleast bedak atau yang agak teruk sikit muka, dorang akan sapu bb cream / foundation camtu lah. Ok ni tips untuk perempuan nak muka smooth, glowing dengan modal terlalu ciput.

1) Mineral Water



Ini paling penting untuk badan. Bukan untuk muka je. Suka minum ? Tipu ! Orang yang betul-betul disiplin je akan kerap minum dan akan bawak botol mineral water tu everywhere. Haaa nak membongak lagi? Ok, kenapa aku cakap ni penting. Fungsi utama mineral water ni adalah untuk membantu proses pembuangan toksin dalam badan-badan korang tu. Minum mineral water ni atleast 2 liter sehari ok bukan 2 kali sehari. Korang try dulu minum, kalau ada yang kerap buang air kecik ataupun ada setengah tu jerawat tetibe banyak keluar dekat muka. Itulah proses nak buang toksin kau. So teruskan lagi minum tau.


2) Wipes Tissue


Ini penting jugak bagi aku. Nak tahu kenapa?? Kalau seharian korang duduk rumah kan, atleast akan sapukan toner dari produk muka korang. Betul? Atau yang keje seharian, mesti dah berbelas lapis cream korang tonyoh dekat muka korang. Betul? Dengan berbelas lapisan yang korang tonyoh tu, sikit ruang udara pun takde untuk kulit korang bernafas. Tapi ape boleh buat, untuk penjagaan daily kan. Dari kena sinaran UV yang boleh merosakkan muka korang yang dah sedia kala cantik tu. So sebelum korang solat zohor, nak basuh mekap atau krim yang ditampal berlayer layer tadi tu, eloklah kiranya korang lap dulu muka korang dengan wipes cemini yek. Ini contoh yang aku punya, tapi sumber dari Mr.Google lah. Carik dekat guardian pun ada. Kalau yang guna baby wipes tu, make sure korang carik yang ada tertulis untuk hands and face macam dekat atas tu. Sebab tak silap aku pH bagi wipes untuk pompom baby dgn untuk tangan and muka tu difference tau! Tips yang ni aku pun aku tahu dari instagram nana mahazan.

3) Hand Sanitizer


Ini wajib ada untuk skin yang sangat sensitif (macam hakak). Both ni pun yang aku pakai sampai harini. Sebab dalam sejam, korang taktau apa yang korang pegang kan. Lepastu tau tau je nak tenyeh muka. Gatal sangat tangan tu kan. So benda ni kena ade 2 botol. 1 aku akan letak dalam make up organizer kalau nak travel ke mana-mana. Kalau duduk rumah, atas meja solek akulah. Another 1 aku akan letak dalam beg tangan aku. Pergi carik kat farmasi jugak. Bohong berat ! Botol ni tak besar mana pun. So kalau aku dekat luar, dating dengan encik suami. Dalam kereta aku suka tengok side mirror kalau idham bukak tingkap. Kalau ada jerawat dekat muka, aku akan pakai ni dulu baru aku sentuh muka dengan yakinnya! Hehehe. Benda ni lepas pakai tak payah basuh dengan air. Ni pun dah macam air  dah. Even dekat rumah pun lepas aku buat kerja rumah, kalau tak ke toilet basuh tangan before lap muka.

4) Alat memicit jerawat


Alat memicit ni pun boleh dapat dekat guardians. Alat ni memudahkan korang untuk picit jerawat yang dah masak tu tanpa menggunakan tangan. Sebab kadang guna tangan, lepas dah picit jerawat dekat 1 tempat, korang pergi merayau lak tangan tu dekat tempat lain. Dah bakteria yang dekat tangan tadi tu menyinggah dekat tempat baru. So alat ni 97% untuk prevent dari bakteria tu merebak merata-rata. (Sumber gambar Mr.Google)

5) Non-chemical skincare

Yang ini aku pakai dari klinik kulit punya. Klinik KO. Kalau nak cakap mahal tu memanglah! Orang banyak duit je boleh masuk dan pakai produk dari klinik dorang ni. Tapi sekarang aku tak pakai lagi dah sebab kesian dekat Idham. Nanti next entri aku akan story pasal skincare yang aku pakai. Baru je lagi tukar, Alhamdulillah better than yang klinik KO punya. Harga lebih kurang je, tapi yang sekarang ni non-chemical. Kenapa non-chemical? Kalau produk korang tu dari bahan chemical, itu akan menghakis kulit korang tanpa sedar. Auchhh ! Maybe sekarang selesa dengan produk camtu sebab muka akan automatik cantiklah. Memang tak tipu. Tapi impak dia masa tua korang. Aku dah banyak buat research pasal bahan chemical on skincare product tau.

6) Treatment

Yang ini mungkin korang kena pergi sebulan sekali atau sebulan 2 kali untuk make sure kulit korang dijaga rapi. Ok yang ini aku still dengan klinik KO lah sebab itu je satu-satunya klinik yang sesuai dengan skin muka aku. Yang ini kalau tak mampu, korang google je. Cara tradisional banyak, modal pun tak banyak keluar. Sebab sekarang ni pun cerita pasal bajet ciput kan. Ala sekarang zaman IT lah, semua benda dalam perut Mr.Google.

7) Kolagen


Kolagen ni korang kena lah start consume sejak umur korang 20tahun. Sebagai penjagaan untuk muka nampak tua lebih lambat. Takde lah tua sebelum usia. Ini ibu yang bagitau. Sebab ibu pakar kecantikan personal. Hahahaha! Dari dulu sampai kahwin ibu akan titik beratkan muka tau. Aku consume collagen BVR. Yang ni tak mahal pun, murah je. RM5+ dah boleh dapat tau. Tapi takkan sampai RM100. Botol dia pun comel loteh je. Yang ini aku tak sure ada dekat pasaran luar ke tak sebab aku selalu beli online je.

8) Supplement


Last sekali supplement. Aku consume Vitamin C with 1000mg Rosehip Extract. Vitamin C ni sangat bagus sebab kandungan untuk sebiji tablet tu dah memadai daily supplement korang. Kebaikan rosehip pun elok sangat untuk kulit. Yang ini aku jual (saja promote). Cuma RM60 sebotol je. Korang kena cuba jugak tau. Nak tengok testimoni customer aku sendiri, boleh pegi visits instagram aku @fatinjai_kiosk sekarang. Sekian sahaja tips aku untuk korang. Muah cikeddd