Monday 6 February 2012

Untuk ayah :]

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya. Akan sering merasa rindu sekali terhadap ibunya. Lalu bagaimana dengan AYAH?
 Mungkin kerana ibu lebih sering telefon untuk menanyakan keadaan kamu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kamu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu lah yang lebih sering mengajak kamu bercerita atau berdongeng, tetapi tahukah kamu, bahawa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kamu lakukan seharian?
 Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil, Ayah biasanya mengajari puteri kecilnya naik basikal dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikal kamu. Kemudian Ibu berkata: "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.
Tapi sedarkah kamu? Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkan kamu, menatap dan menjaga kamu mengayuh basikal dengan seimbang kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatap kamu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi bukan sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah diberitahu! jangan minum air sejuk!". Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihati kamu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaan kamu. Ketika kamu sudah meningkat remaja, kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahawa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga. Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke bilik sambil membanting pintu.
Dan yang datang mengetuk pintu dan memujuk kamu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu, bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan kemarahan dalam batinnya, Bahawa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi dia HARUS menjaga kamu?
 Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefon kamu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemui kamu, ayah akan memasang wajah paling cool sedunia :'] ayah sesekali mencuri dengar atau mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu. Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercayai, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untuk kamu, kamu akan memaksa untuk melanggar arahannya. Maka ayah akan duduk di ruang tamu, dan menunggu kamu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam, hati ayah akan mengeras dan memarahi kamu. Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
Setelah lulus SPM, ayah akan sedikit memaksa kamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya kerana memikirkan masa depan kamu nanti. Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokong kamu saat pilihan kamu tidak sesuai dengan keinginan ayah.
Ketika kamu menjadi gadis dewasa dan kamu harus pergi kuliah di bandar lain, ayah harus melepaskan kamu di bandar. Tahukah kamu bahawa badan ayah terasa kaku untuk memeluk kamu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruh kamu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memeluk kamu erat-erat. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahu kamu dan berkata "Jaga diri baik-baik ya sayang". Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT. kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupan kamu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-teman yang lain. Ketika permintaan kamu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan.
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untuk kamu". Tahukah kamu bahawa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama berdiri dan memberi tepukan untuk kamu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil membesar dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelaki kamu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambil kamu darinya, ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin. Kerana Ayah tahu bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
  Dan akhirnya....
Saat ayah melihat kamu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa. Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugas aku telah selesai dengan baik. Puteri kecil aku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suaminya.rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"
Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatangan kamu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang telah semakin memutih dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjaga kamu dari bahaya.
Ayah telah menyelesaikan tugasnya. Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah susuk yang harus selalu terlihat kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis, dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakan kamu dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahawa "KAMU MAMPU" dalam segala hal.

No comments:

Post a Comment