Wednesday, 11 January 2017

Tips perbanyakkan susu badan

Saif tido, mmy update blog lagi. Petang ni mmy nak share tips mmy untuk banyakkan susu. Ibu dalam pantang, susu memang sangat meriah sampai bengkak2. Samela mmy pun ritu masa pantang. Seronok tengok saif menyusu kenyang2 sampai tido nyenyak sangat.

Tapi habis pantang je? Susu meriah tu macam slow sikit. Jom mmy share cara mmy maintain susu badan meriah tanpa pam! Sebab mostly ramai yg mengaku susu akan banyak kalau pam ikut jadual it is because guna konsep supply and demand. Lagi banyak demand, so lagi banyak supply.

Ni cara mmy maintain susu banyak.

1. Emosi
Ini sangat menjadi peranan penting. Ini punca utama susu tu meriah atau merudum. So mommies, care part ni. Sbb kalau mood ibu swing, susu akan berkurang. So pada ibu yg bekerja tu, kalau stress kat office cecepat pi amek henfon tengok video anak masing2. Naikkan balek mood ya! Si bapa pun kena mainkan peranan untuk menjaga hati dan perasaan si ibu yg sedang cuba untuk menyusukan anak2 anda ya.

2. Pemakanan
Ini pun part paling susah jugak sebenarnya bagi ibu2 menyusu anak. Sebab kalau tak bebetul2 control, susu boleh merudum tau. So ibu2 menyusu haruslah bebetul pantang dan ikut rules berpantang. Kalau yg harus pantang 6 bulan, pantang setahun(paling sedih) dan sekian2 tu kena jaga. Tapi mmy akan makan ikut apa yg boleh membuatkan mmy happy sebab kalau mood kita happy, susu akan keluar dengan senangnya. Sbb tu digalakkan pada ibu yg pam susu tu, tengoklah video/gambar2 anak anda semasa proses mengepam susu ya. Hehehe

3. Mindset
Yang ni rasanya semua tahu kot. Mindset kita jgn cakap susu takde dan sebarang negatif set. Minda kena sentiasa bersifat positif. "Susu aku banyak" "susu cukup untuk anakku" "aku nak susukan anakku hingga umurnya 2tahun"

4. Milk booster
Sekarang ni off-market atau online market pun dah banyak pilihan untuk mommies pilih milk booster kesukaan sendiri. Tapi ada jugak cara tradisional untuk dijadikan milk booster. Mcm mmy, masa dalam pantang ritu, mmy belum tefikir untuk beli mana2 milk booster lagi, so mmy cuma guna tradisional je. Mmy minum HALBA+MADU dalam keadaan suam2 gitu. Lepastu mmy minum jugak HORLICKS SUAM. Lepastu mmy minum HALBA+LONGAN KERING+GULA pun suam2 jugak. Lepastu mmy pernah jugak minum SUSU SEGAR+BLEND KURMA pun suam jugak. Sebab dalam pantang mana boleh minum sejuk okey! Not at all. So uolss boleh pilih mana2 minum yg mmy bold kan untuk try jadikan milk booster korang.
Lepas pantang baru mmy jinak2 kan diri untuk try milk booster. Mmy sampai harini minum MOMMA MILK BOOSTER (beli dekat instagram) tapi beli melalui agent dia yg berdekatan dengan rumah. Untuk travel, mmy belikan 12OUNCE COOKIES (beli kt instagram) pun sama beli melalui agent dorang.

5. Makanan dilarang
Antara makanan yg mmy sampai harini tak sentuh langsung sebab dikatakan boleh mengurangkan kuantiti susu badan adalah sayur kobis. Ada beberapa lagi yg boleh kurangkan susu badan tp mmy pantang betul2 dengan kobis.

6. Cukup rehat
Mommies semua yg masih menyusukan anak, harus cukup rehat ya. Sebab kalau badan terlalu penat, susu pun macam tak meriah je. So sangat2 digalakkan untuk mendapatkan rehat secukupnya.

7. Banyakkan minum air
Perasan tak, kalau baby tengah menyusu, kita pun rasa haus sesangat. Itu sbb badan kita tengah hydated tau. So kena kerap minum air masak banyak yer dalam sehari. Macam mmy, 2liter botol air masak tu mmg ada sebelah. Setiap kali saif menyusu, mmy pun togok air botol tu.

8. Makanan menambah susu
Alhamdulillah saif dah nak masuk 8 bulan and masih menyusu badan. Antara makanan yang blh menambah susu badan kita, sawi cina dan lobak putih. So buat masa ni, mmy asyik masak bening sawi cina ataupun bening lobak putih je. Papa saif pun makan je dengan redhanya kalau mmy masak. Hehehe.

9. Pil tambah susu
Pernah dulu dah hujung2 pantang, susu macam stop kejap. Mmy kalut sgt sebab saif taknak susu botol. Nak ngempeng je, mmy punya kalut lain macam. So mmy pegi jumpa doktor bersalin dulu, dia suggest untuk bagi ubat nama MOTILIUM 10MG, mmy pun tak fikir ape dah terus beli. Doktor Mastura (doktor masa bersalin ritu) bagitau adik dia ambik ubat ni, susu terus ada balik onthespot. Sebab katanye susu bukan habis tapi mungkin mmy stress masa tu. Dan Alhamdulillah betul cakap doktor tu, onthespot ada susu lepas makan ubat tu. To mommies kat luar sana, boleh try jugak ubat ni. Ada jugak beberapa brand lain boleh dapat tapi yg ni salah satunya yg mmy pernah makan.

Tapi actually susu badan berkurang tu bukanlah terus takde susu ya, jangan salah faham. Dia cuma mengurangkan kuantiti susu badan sikit je. Tak effect banyak pun. So untuk mommies kat luar sana, selamat menyusukan anak ya! Hehehe