Sunday, 6 November 2016

#throwback saif was born

Anak dah tidur, mommy pun update blog. Seperti yg mommy janjikan untuk share pengalaman mommy deliver saif on 29 May 2016.

Alhamdulillah mommy deliver baby saif normal without any complication. Again Syukur ya Allah. Sebenarnya saif overdue 4 hari (if i'm not mistaken) lah. Macam seronok je anak mommy ni duduk dalam perut sampai takde sikit pun tanda2 nak deliver dah. Cuma ada pun tanda2 yg bukan real lah.

Last checkup dengan doc Mastura, mommy lahirkan saif dekat KPJ Shah Alam ye. Kat kpj ni famous doc Siti Esah, when mommy nak start checkup situ mommy request untuk deal dgn doc tu tapi doc tu pack sangat patient, jadi dorang bagi dgn doc mastura. Seronok jugak dgn doc ni pun, over friendly, nice, soft spoken je orangnya. Bertudung labuh.

**Sambung cerita

Masa last checkup tu doc check bukaan jalan, still 1cm je so doc minta balik dulu dan dgn harapan akan bukak tengah malam tu tapi takde pun. Mommy relaks lagi siap boleh berjalan kat mall sbb nak cepatkan bukaan jalan. Doc bagitau kalau takde lagi tanda2, dia extend siap2 seminggu selepas tu datang balik hospital untuk bersalin paksa. Masa doc bagitau tu, mommy was like....em okey. Then balik terus google lah pengalaman mommies yg pernah bersalin paksa ni. Majority cakap sakitlah apalah, but then bukanlah yg macam diceritakan. Maybe lain orang lain kan.

Seminggu selepas dari tarikh last checkup tu jumpa doc, disscus dgn hubs. Doc pun cek blood pressure nampak tinggi sikit. Doc cakap terpaksa lah admit sbb dahla overdue lepastu blood pressure pulak tinggi. Mommy pun terus setuju, hubs masa tu dah bimbang sgt dah, ratus kali dia tanya betul ke. Okey ke. Ready dah ke. Tak sabar ke.

Lepas admit, doc datang wad then masukkan ubat untuk percepatkan bukaan. Lepas masuk ubat tak rasa apepun lagi tapi dalam 2 jam lepastu barulah rasa sakit datang. Contraction okey, real contraction dah. Sampai tengah malam tu pun doc datang cek, jalan baru 2cm. So after 6 hours, doc masukkan lagi 1 ubat. Malam tu mmg tak keruan dah. Tidur pun tak nyenyak dah. Hubs pun tidur sekatil jadi tak nyenyak.

Besoknya dalam pukul 9 pagi after breakfast mommy kena masuk labour room, tapi mommy request untuk jalan. Masa jalan tu siap boleh gelak2, mata pantau je wad keliling sebab wad baru kan. Depan pintu labour room siap selfie lagi dgn hubs. Masa tu perasaan mommy bercampur dah, takut risau happy eksaited semua ada. Yelaaa nak jumpa buah hati baru kan.

After 12 hours dalam labour room, at last keluar jugak pujaan mommy. Masa tu tak tergambar perasaan dah, lega dah lepas saat tu. Nampak pulak muka saif masa tu, terus tak ingat pape dah. Nak gomol je dia sampai puas. Doc letak saif atas dada mommy then selfie2 lagi, lepastu hubs pun forward terus kat atok nenek saif masa tu. Dorang tunggu dalam wad pun lega dah. Cuma tak sabar nak gomol saif je. Nak jumpa saif masa tu.

Sorry, mommy tak cerita details saat teran semua tu. Sebab semua mommy pun hampir sama je sbb dah diajar teknik meneran yg betul kan. Tapi, yg mampu mommy cakap adalah masa tu mmg sakitlah. Mommy tak tipu! Sampai mommy tak fikir dah teknik meneran tu salah ke betul. So sbb tu jugaklah kot mommy dapat 10 jahitan. Hehehe. But then, trust me. Kesakitan tu akan hilang dgn tiba2 bila kita dah nampak muka sikecil yg kita kandungkan selama 9 bulan, kita susah payah harung semua benda between pregnant period tu. Trust me!

So good night untuk semua. Ni gambar saif masa baru je keluar dari perut mommy.