Tanpa menyembunyikan apa-apa, nak bagitahu sikit aku bakal mengakhiri zaman solo (ecehh). Malu lak rasa, Tapi Alhamdulillah masih ada lagi hamba Allah yang sudi memperisterikan aku yang serba kekurangan ni. Thankyou sayang (tepuk gambar tunang). Memanglah pada awalnya aku rasa macam kekok, banyak benda aku fikir. Banyak jugaklah tanda soal kecik2 yang keluar dari kepala otak aku ni.
"Boleh ke aku jaga bakal suami?"
"Kalau bakal suami aku tahu aku tak reti masak, dia tak marah ke?"
"Macam mane pulak kalau mertua aku tahu aku ni tak reti langsung bab masak?"
Haih macam2 lagi lah. Tapi setakat harini, semua terkawal. Fuhh lega sikit *hembus nafas lega sampai keluar taik hidung dekat keyboard* hahah! Actually aku dah pun jumpa bakal mak mertua, sempoi haabis. So takde dah laa aku ni dupdapdupdap fikir pasal makcik tu sorang. Kikiki.
Melalui cerita yang encik tunang bagitahu, mami ni jenis tak kisah. Dia takkan menyusahkan orang kalau orang tu tak pandai. Hah, ni aku pendekkan cerita. Takkan lah aku nak cerita sebijik sejibon apa yang tunang aku bagitau. Dari pemerhatian aku pulak, mami seorang yang saaaangat ringan tulang. Dia tak pernah nak paksa orang kalau orang tu tak reti. Tapi kalau kau? Sampai ke hati nak biarkan mak mertua kau tu buat apa2 sorang diri? Kang jadi apa2 dekat orang tua tu, kau jugak susah. So macam tulah aku. Walaupun aku ni tak reti serba serbi, tapi aku ni berbudi bahasa, tolong sikit2, teman dia mane jelah dia nak pegi.
Oklah, bukan tu pun sebenarnya aku nak bagitau. Bukan entri ni pasal ibu mertua ku ajijah (bukan nama sebenar). Simbol buffering dekat atas tu je aku nak bagitau. Setakat harini, persiapan kahwin dah hampir 98% siap. Tinggal jumpa untuk bayar balance je. Masa nilah semua kakitangan bergerak. Orang sana sibuk, orang sini sibuk, orang itu orang ini. Haih semuanya sibuklah, senang citer. Yang aku tau, aku datang hamek je. Kalau tak puas hati, complaint! Customer is always right tau. So kita ada hak untuk complaint.
Untuk kawan-kawan yang tak dijemput tu, buatlah muka tak malu sikit tanya kau tu dijemput atau tak. Sebab kadang ade yang aku terlepas pandang. Yelah, banyak benda lagi aku nak pikir dari aku pikir pasal korang sorang2. So jangan malu jangan segan, buat je muka tak bersalah kau tu tanya aku sendiri yek!
Okay lah. Aku chaw dulu. Lepas majlis aku cerita lagi pasal pengalaman aku jadi seorang isteri ya. Tapi takyah lah tanya aku soalan yang tak munasabah. Tangan aku ringan je nak hanyun sebijik! *Hahah*
Nak tahu, kahwin laaa. Takyah sibuk tanya yang orang punya. Lain orang lain caranya. *Maaf agak lucah*. Daaaaaa