Perkahwinan dalam Islam, mahar ataupun lebih dikenali sebagai mas kahwin. Sebenarnya ikut Islam, lagi rendah mas kahwin wanita yang bakal dinikahi itu adalah lagi mahal harga dirinya. Kenapa? Kalau kau minta RM5 000 sebagai mas kahwin kau, adakah harga diri kau semurah RM5 000 itu? Dalam Islam, cukup sekadar senaskah Al-Quran sebagai ganti duit ringgit. Sebab kalau nak difikir balik, si lelaki takkan mungkin boleh bayar harga diri kau yang mak ayah kau jaga dari kecik macam menatang minyak yang penuh. Betul? So fikirkan balik. Mungkin akan ada sesetengah pihak yang berbunyi macam ni...
"Rendahnya mas kahwin kau. Mesti kau ni dah takde dara?" - Persoalannya siapa kamu untuk menilai diri seseorang wanita itu berdara ataupun tidak. Itu biarlah dia dan Allah sahaja yang tahu. Dan bakal suami sahaja.
"Zaman sekarang ni, dengan RM80 sebagai mas kahwin tu apa je boleh buat. Nak beli cincin sebentuk pun tak lepas." - Persoalannya duit yang bakal pengantin perempuan tu dapat samada lebih atau sikit, dia tak hulur pun dekat kau. Betul?
Jadi pengajarannya dekat sini, "ikut kemampuan" bukan "ikut kemahuan". Bukan duit kita yang berjuta-juta tu yang akan Allah pandang, tapi hubungan yang sah dan direstui tu yang Allah suruh. Ingat! Nabi Muhammad ada berpesan, berkahwinlah kamu wahai Adam dan Hawa, sesungguhnya Allah menjanjikan rezeki buatmu bagi sesiapa yang mendirikan rumah tangga. Itu je dah jelas Allah bagi kau hadiah diatas perkahwinan yang baru dibina. Subhanallah
Ada lagi satu, tentang persiapan kalian sebelum menjelangnya sesebuah perkahwinan tu. Beribu-ribu duit habis, betul? Sebab nak memuaskan hati semua orang supaya tidak bercakap belakang. Pakcik, makcik, mulut orang ni kita memang tak boleh tutup. Lain mulut tempayan. Ok camni, sebelum menjelang hari kejadian, rata-rata orang akan tanya macam ni...
"Sudah berapa peratus persiapan kahwin, Cik Kiah(bukan nama sebenar)?"
"Cik Senah(bukan nama sebenar) oii, berapa ribu habis duit belanja hangus untuk majlis anak kau?"
Makcik, bukan itu sebenarnya si pengantin tu mahukan. Yang dia mahukan adalah soalan berbaur mengambil berat tentang dirinya. Mungkin juga nasihat dan tunjuk ajar si senior. Macam aku, aku mengharap sangat akan ada orang datang dekat aku dan tanya....
"Berapa peratus persiapan mental kau untuk menempuh alam rumah tangga?"
"Perkahwinan ni jangan amek remeh, bukan untuk enjoy je. Suami umpama nakhoda dan korang ni di atas kapal layar untuk menuju Jannah Allah. Sepanjang pelayaran tu, korang akan tempuh macam-macam jenis ombak, ribut, taufan. Sabarlah dalam menempuh ombak kuat."
Mungkin dengan kata-kata semangat makcik tu buat bakal pengantin tu fikir tentang kehidupan selepas rumah tangga. Betul?
Berbeza kan? Perkahwinan menurut Islam tak memerlukan untuk kau sediakan pelamin yang gah-gah tu. Sebab nasib kau tiga puluh tahun akan datang adakah masih bersama atau sudah menjadi pelamin anganku musnah. Betul? Cukuplah sekadar memberi makan kepada yang datang untuk meraikan majlis kau tu. Kalau nak majlis, buat majlis doa selamat secara kecil-kecilan. Sebab siapa tahu yang datang meraikan tu turut sama mendoakan perkahwinan tu. Betul? Pelamin yang gah tadi orang tak pandang pun sebab orang datang pun makan lepastu chaw balik. Betul? Membazir duit kau yang berbulan-bulan amek masa untuk siapkan semua tu. Ingat! Perkahwinan bukanlah pada hari kau dinikahkan tapi adalah hari-hari mendatang selepas kau diijab kabulkan. Hari dinikahkan tak sampai sehari pun, memakan masa sejam lebih je.
Jadi, kau yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, renungkan dan fikirkanlah sejenak perkahwinan manakah yang menjadi perkahwinan idaman kau????
Aku....Kenapa aku? Aku bakal menamatkan zaman bujang aku tak lama dari sekarang. 1 Muharram 1436H bakal menjadi sejarah dan tarikh terpenting untuk aku n bakal suami. Waktu itu kehidupan aku berubah serta merta. Aku tak lagi boleh kelua rumah sesuka hati. Apa-apa yang aku akan buat, haruslah dengan izin suami. Ya, izin suamiku.
Tarikh 1 Muharram 1436H untuk kalendar Islam merupakan 24hb. Tau hari apa? Hari dimana aku berkenalan dengan bakal suami dua tahun lepas. Kenapa aku amek tarikh tu untuk bernikah? Bukan, bukan sebab tarikh kami berkenalan tetapi tarikh itu adalah tahun baru dalam Islam. Percayalah, bukan tarikh 24hb itu yang aku kejarkan tetapi adalah keberkatan dan keredhaan Allah atas perkahwinan yang bakal tiba kelak.
Percayalah, bukan pujian "cantiknya kau mira" mahupun apa-apa pujian yang akan mengundang riak pada diriku tetapi yang aku harapkan adalah "tahniah! tahun baru, status baru, kehidupan baru, bersama orang baru. semoga bahagia dgn kehidupan baru". Itu! Itu yang aku harapkan. Bernikah pada tahun baru aku merasakan seolah-olah aku ni seperti bayi yang baru lahir ke dunia sebab aku memulakan kehidupan baru aku pada hari pertama tahun baru. Aku mengharapkan akan menjadi seorang yang sangat berbeza pada tahun baru tersebut. Indah kan perancangan Allah???
Hari ini aku terfikir sebelum melangkah ke alam perkahwinan, sudahkah aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk kedua orang tuaku??? Menjadi anak yang menjaga dan menggembirakan mereka hari ini??? Apa jasa yang aku taburkan pada mereka sepanjang aku menjadi tanggungan mereka hingga hari ini?? Apa yang telah aku lakukan sebagai seorang anak terhadap orang tuaku? Sempurnakah aku dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menjaga mereka berdua??? Hingga hari ini setiap perbuatan yang aku lakukan demi seorang ibu dan demi seorang ayah adalah ikhlas. Ikhlas! Biarlah Allah sahaja yang menilai sejauh mana keikhlasan aku dalam menjaga mereka berdua tanpa kalian sedari.
Dalam setiap sujud aku, aku sering menitipkan doa buat mereka berdua. Tidak lekang dibibir menyebut dan mendoakan mereka. Mendoakan kesejahteraan mereka. Mendoakan kebahagiaan mereka. Mendoakan kesihatan tubuh badan mereka. Mendoakan supaya mereka dimurahkan rezeki. Mendoakan mereka dipermudahkan segala urusan dunia dan urusan akhirat. Jika esok hari salah seorang dari mereka meninggalkan aku di dunia ini, aku berasa puas. Sebab apa? Sebab aku telah menyempurnakan tanggungjawab aku dalam mendoakan mereka setiap hari. Tanpa jemu. Tanpa henti.
Aku bukanlah orang yang kehidupannya senang, mewah. Bukan! Aku tak mampu nak bagi orang tuaku sebuah istana idaman mereka yang berharga berjuta ringgit. Kereta mewah dua pintu dan wang ringgit yang berkepuk-kepuk. Dan aku tahu semua itu tak menjaminkan syurga Allah SWT. Semua itu takkan dibawa sekali ke dalam tempat tinggal terakhir kita. Melainkan doa seorang anak! Si mati hanya membawa tiga perkara bersamanya iaitu pahala dan dosanya, amal jariahnya dan doa anak-anak yang soleh. Betul???
Hari ini, aku dah cuba menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan sudah cuba menjadi seorang anak yang taat serta hormat kepada orang tuaku. Akan datang, aku akan cuba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, menyenangkan suamiku, sentiasa taat dan hormat suamiku, menyayangi suamiku kerana Allah Taala.