Ahmad Syafiq Fikri bin Mohd Zailani meninggal dunia pada 29 Julai 2010. Satu-satunya abang yang ada dalam keluarga. Seorang yang baik, penyayang, terlalu mengambil berat. Telatah, senyuman, suara, dan perwatakannya membuatkan hati ni terlalu merindui saat bersama, kenangan manis dan kenangan pahit seorang abang kepada seorang adik. Walaupun telah meninggalkan kami 4 tahun lalu, tapi kehilangannya masih dirasai. Tujuan entri bukan untuk meratapi ataupun tangisi permergian arwah tapi untuk melepaskan rindu, sebak yang terlampau. Untuk kali keempat menjalani ibadah puasa tanpa seorang abang, bagaikan tak lengkap keluarga kami. Terlalu lama tak menyinggah rumah kekal arwah ni, dan ini yang terbaru diambil oleh ibu dan ayah. Terubat sikit kerinduan yang ditanggung. Sempena bulan ramadhan ni, harapan aku untuk mimpikan arwah. Walaupun cuma sekali. Akhir sekali, semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.