Thursday, 23 May 2013
Berdoa dan berusaha
Terlalu banyak orang yang kurang rezekinya kerana mereka melebihkan doa tetapi tidak cuba berusaha.
Terdapat ramai yang menganggap dan berfikir Allah akan memberi rezeki yang berlipat ganda kepada hambanya jika mereka terlalu banyak berdoa. Sedangkan dalam tak sedar usaha itu adalah doa dalam tindakan.
Jadi marilah kita berdoa serta berusaha.
Berdoa itu penting bukan kerana permintaan seseorang, tetapi doa itu tanda kita beriman kepada pencipta.
Ramai yang sudah berusaha menghadap ke arah yang tepat,
Seperti orang yang beriman sudah mengajak dirinya ke arah kemenangan,
Tetapi jika tidak berusaha dengan gigih, maka orang-orang yang rajin tetapi tidak beriman akan mendahului.
Jadi marilah sama-sama kita melebihkan doa serta gigihkan usaha.
Jikalau sudah biasa lebihkan doa, maka jangan kurangkan berdoa tetapi lebihkan usaha.
Kerana usaha seseorang itu bergantung kepada sikap seseorang dan sikap pula bergantung kepada iman seseorang itu.
Oleh demikian, dekatkan lah diri kepada Allah swt.
Kerana orang yang menghadapkan wajahnya kepada Allah, maka terlihatlah segala kebaikannya.
Tetapi jika orang yang menghadapkan wajahnya kepada kecelakaan, maka kesedihannya melihat keburukan.
Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke arah yang benar kerana kebenaran adalah milik Allah.
Serta berusaha juga bekerja keraslah di dalam hal-hal yang penting.
Kalau kita sudah meminta yang besar kepada Allah yang Maha besar,
Serta meminta kekayaan kepada Allah yang Maha kaya,
Dan bekerja dengan penuh kesabaran bahawa kita adalah hamba Allah.
"Orang yang menghadapkan wajahnya kepada Allah, dapat melihat segala kebaikan, tetapi orang yang menghadapkan wajahnya kepada keburukan, maka dia akan melihat perihal yang buruk dalam hidupnya"