Thursday, 26 July 2012

ALLAH SENTIASA BERSAMAMU

"When I was alone and had nothing, I asked for a friend to help me to bear the pain. But no one came except Allah"

Itu yang aku rasakan saat ni. Kadang-kadang, apa yang kita nak, itu yang kita tak akan dapat. Mesti semua orang familiar dengan ayat tu. Mungkin, bagi aku untuk carik yang sama dengan dulu tu memang susah. Bukan mudah ! Dan mungkin jugak orang tu cuma satu dalam seribu. Tapi aku percaya dengan Takdir. Bagi aku jugak, apa yang aku miliki sekarang, tak sama dengan apa yang aku pernah ada dulu. Bezanya, cuma Allah yang tau. Aku yakin, bila sampai masanya, terbongkar jugak apa yang aku pendamkan selama ni. Allah maha adil. Dia tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya termasuk aku. Dia dah tetapkan dalam diri setiap masing-masing. Dia jugak dah atur dengan cantik. So, apa yang berlaku pada kita harini, semua nya punya hikmah tersendiri. Sebenarnya, aku cuma tak mampu nak bergantung dekat diri sendiri untuk selesaikan masalah yang datang dan aku tak yakin dengan diri sendiri untuk tempuh semua dugaan yang menimpa jugak yang mendatang. Saban hari aku menangis, cuba mencari ketenangan yang aku sendiri tak pernah rasa. Alhamdulillah, bulan Ramadhan ni lah bulan yang memberikan aku ketengan berganda. Aku dekatkan lagi diri aku dengan berterawih selain buat yang wajib dalam bulan mulia ni. Allah jugak titipkan seseorang untuk aku. Untuk teman aku lalui hari-hari mendatang supaya aku takkan jatuh lagi suatu saat nanti. Bersyukur sangat-sangat :) Aku harap dan aku sentiasa berdoa, semoga seseorang tu akan menjadi yang halal untuk aku dan boleh bimbing aku sampai jannahNya, dan teman aku sepanjang masa untuk aku tempuh semuanya sebab bagi aku, aku dah tak mampu nak tempuh sendiri. Aku tak sekuat dulu. Suddenly, aku terbaca ayat azimat ni untuk aku jadikan pembakar semangat harungi hari-hari mendatang :

"Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, pandang lah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu"

CREDIT TO      : rima (bukan nama sebenar)