Tuesday, 27 October 2015

Will Complete


Alhamdulillah. Syukurillah kerana masih diberi peluang menghirup udara bumi Allah walaupun sekarang udara dah tak berapa nak segar. Syukur jugak sebab genap setahun kahwin, sabar menunggu hadirnya orang ketiga untuk menyeri lagi hidup kami, Allah makbulkan. Apa yang penting, DOA. Jangan pernah putus asa untuk berdoa semoga diberikan kesempatan menjadi seorang ibu sebelum tutup mata.

Bila dah dapat berita gembira tu pun, jangan lupa doa. DOA untuk permudahkan segala urusan sepanjang menjalani sessi mengandung. Permudahkan urusan bersalin nanti. Dan jugak doa untuk diberikan kesihatan tubuh badan untuk ibu dan baby.

First bila dapat tahu bakal menjadi ibu, tipu tak happy. Menangis sekejap sebab ada ujian yang datang sebelum boleh diberikan zuriat ni. Betul lah orang cakap, kalau takde ujian bukan hidup namanya. Ujian tu Allah cuma nak uji je betapa kuatnya kita, sabarnya kita menghadapi. Dan yang penting Dia tak lupa dekat kita, sebab tu Dia bagi.

Masa dapat tau je dah lewat period, inform husband. Masa tu dedua dah cuak lah sebab takut masalah lepas tu datang balik ke, dia dah makin besar ke. Tapi symptom orang mengandung tu ada dalam satu dua je. So memang tak syak pun mengandung. Myra refer sepupu yang memang bekerja dalam bidang jururawat masyarakat, dia nasihatkan untuk buat upt dulu.

One day dah alang-alang keluar dengan husband, kitorang beli terus upt. Tak sempat sampai rumah, kitorang myra terus buat upt tu. Takutlah, masa test tu berdebau tu jangan cakaplah, memang target positif je harap-harap. Sekali tengok memang positif, jelas pulak tu. Memang takde samar-samar ke apa, memang terang line tu positif.

Cepat-cepat keluar toilet dapatkan husband, nak share. Dia punya happy tu yang nampak jelah tau macam mane. Dah selesai tu, terus pegi solat and buat sujud syukur. Alhamdulillah. Penantian selama setahun tu akhirnya Alhamdulillah, berita gembira lah yang datang.

Terus mesej ibu bagitau, husband mesej mami bagitau semua. And mesej sepupu nak refer Do's and Dont's sepanjang 1st trimester ni. Maklum lah, first baby kan so kenalah jaga lebih sikit. Bila dah nak lama-lama camtu, myra bedal je apa yang tak boleh pun. Tapo berpada lah sebab sekian lama tunggu kehadian junior ni takkan taknak jaga kan.

So baby, mommy and daddy tunggu ni. Semoga membesar dengan sihat ye nak.