Tuesday, 27 October 2015

Will Complete


Alhamdulillah. Syukurillah kerana masih diberi peluang menghirup udara bumi Allah walaupun sekarang udara dah tak berapa nak segar. Syukur jugak sebab genap setahun kahwin, sabar menunggu hadirnya orang ketiga untuk menyeri lagi hidup kami, Allah makbulkan. Apa yang penting, DOA. Jangan pernah putus asa untuk berdoa semoga diberikan kesempatan menjadi seorang ibu sebelum tutup mata.

Bila dah dapat berita gembira tu pun, jangan lupa doa. DOA untuk permudahkan segala urusan sepanjang menjalani sessi mengandung. Permudahkan urusan bersalin nanti. Dan jugak doa untuk diberikan kesihatan tubuh badan untuk ibu dan baby.

First bila dapat tahu bakal menjadi ibu, tipu tak happy. Menangis sekejap sebab ada ujian yang datang sebelum boleh diberikan zuriat ni. Betul lah orang cakap, kalau takde ujian bukan hidup namanya. Ujian tu Allah cuma nak uji je betapa kuatnya kita, sabarnya kita menghadapi. Dan yang penting Dia tak lupa dekat kita, sebab tu Dia bagi.

Masa dapat tau je dah lewat period, inform husband. Masa tu dedua dah cuak lah sebab takut masalah lepas tu datang balik ke, dia dah makin besar ke. Tapi symptom orang mengandung tu ada dalam satu dua je. So memang tak syak pun mengandung. Myra refer sepupu yang memang bekerja dalam bidang jururawat masyarakat, dia nasihatkan untuk buat upt dulu.

One day dah alang-alang keluar dengan husband, kitorang beli terus upt. Tak sempat sampai rumah, kitorang myra terus buat upt tu. Takutlah, masa test tu berdebau tu jangan cakaplah, memang target positif je harap-harap. Sekali tengok memang positif, jelas pulak tu. Memang takde samar-samar ke apa, memang terang line tu positif.

Cepat-cepat keluar toilet dapatkan husband, nak share. Dia punya happy tu yang nampak jelah tau macam mane. Dah selesai tu, terus pegi solat and buat sujud syukur. Alhamdulillah. Penantian selama setahun tu akhirnya Alhamdulillah, berita gembira lah yang datang.

Terus mesej ibu bagitau, husband mesej mami bagitau semua. And mesej sepupu nak refer Do's and Dont's sepanjang 1st trimester ni. Maklum lah, first baby kan so kenalah jaga lebih sikit. Bila dah nak lama-lama camtu, myra bedal je apa yang tak boleh pun. Tapo berpada lah sebab sekian lama tunggu kehadian junior ni takkan taknak jaga kan.

So baby, mommy and daddy tunggu ni. Semoga membesar dengan sihat ye nak.

Friday, 6 February 2015

Precious Moment

Harini aku nak update pasal birthday surprise aku yang dibuat oleh encik somi. Tapi sebelum tu, nak mintak maaf sebab tak update awal2 haritu lagi. Maklum ler, busy bebenor weh! Ok lets start.

Birthday aku 3 Feb haritu. Tapi celebrate dgn encik somi in advance lah sebabnya masa thaipusam haritu encik somi tak dapek cuti. Jadi den pon tak dapek ler nak nolong. Hehehe. Masa sehari sebelum tu, aku ada update moment wechat nak kan instaxmini8 tu. Lepastu somi aku pon baca gamaknye! Dia pon terus whatsapp aku 2 jam lepastu yang dia dah tempah pon kamera tu. Dalam hati aku macam2 perasaan bercampur baur. Yelah, aku dah lama sangat nak kan kamera instax tu tapi memandangkan harga dia tu yang agak mahal menjadi kekangan aku untuk dapatkan. Bagi aku baiklah beli something yang aku selalu pakai. Atleast berbaloi. Tapi dah somi kata dia tak kisah pon, aku pon takleh lah nak kata apa. Tapi hati kecik aku cakap "akhirnya dapat jugak hehehehe *gelak jahat sikit*"

Settle pasal hadiah.

Encik somi mesej lagi, dia tanya begini.

"Haritu ada nak ajak b celebrate birthday in advance. Nak makan kat mana?"

Aku pon tunjuk gambo. Kawan aku celebrate birthday pakwe dia dekat Subak Restaurant. Lawo jugak tempat tu. Memang romantik habislah! Tapi aku pikir balik, encik somi kan tak cuti masa tu macam manelah nak pegi makan dekat situ. Encik somi pon tak cakap pape, diam aje.

Balik dari keje tu dalam pukul 4 jugak masa tu. Aku pon call lah encik somi ni nak ajak borak. Lepaih jugak rindu den ni. Tapi aku dengar dia tengah drive tau. Aku pon tanyelah nak g mane sebab dalam keter kan. Dia pon jawab nak pegi Lanchang bayor bil astro.. Oklah camtu, aku pon end call sebab malas nak kacau dia drive. Kang lembu dgn kerbau pon tak reti beza kalau gayut dengan sang istri hahaha. Ok mengarut! Lepas aku end call, aku g lepak depan tv tunggu drama pukul 5 tu tapi henfon aku letak dalam biliklah. Lepas je habis drama mengarut tu, aku masuk bilik pegi mandi. Memang aku mandi petang! Siap je mandi, aku tengok henfon aku lampu kelip-kelip whatsapp masuk. Aku bukak, tengok mesej dari encik somi berbunyi

"lepasni siap-siap. Kita g celebrate birthday"

Aku lepas mandi tu punya tekejut, aku replied biar betik dia ni, Main2 kot, Aku pon abaikan lah mesej tu. Lepas je solat asar, aku duduk kejap atas sejadah tu terpikir pasal somi tadi. Betul ke idak. Aku reply mesej dia. Dia cakap dia memang ada dekat klang dah. Tengah book tempat untuk makan dinner berdua and dah siap beli tiket wayang cerita hantu yang aku nak tengok. Aku punya eksaited hengkoooo, aku lepas asar tu terus pikir nak pakai baju ape sebab yelah dinner special kot. Mesti kena lawo-lawo kan! Hahaha. Teruslah bersiap.

Encik somi sampai depan rumah, aku sambut depan pagar dah siap semua dah. Pahtu encik somi cakap pukul 9 baru makan. Hah engkau! Aku dah kemain spray perfume sebotol terus rupanya lambat lagi. Nalaaaa punya husband. Tapi dalam kereta dia aku nampak dia siap bawak kamera dia semua. Aku pon dah jadi cuak, dia ni plan apa kan. Tapi aku buat steady lagi.

Masanya tibaa.......Pukul 8 lebih dah kelua sebab malas nak carik parking kalau lambat sgt keluar nanti. Jalan kejap dalam mall tu, dapatlah sehelai shawl padini. Pukul 9 terus pegi papa john. Masa tu aku punya debar dah dua macam dah. Somi cakap takda ape, biase2 je. Tapi bila masuk and duduk dekat table dah ditempah, aku nampak dorang susun belon. Lepastu makan malam pon sampai macam biasa. Somi cakap dorang ni tak buat kot sebab tadi somi deal dengan manager dia. Manager dah habis shift dah. Sebelum makan, somi ada cakap dia dah nak book dekat subak tu. Lepastu kawan dia cakap naik cruise dekat putrajaya lagi romantik tapi sebabkan dia risau jem. Yelah, masa tu pulak nak thaipusam kan. So makan yang dekat2 ajelah.

Sessi makan pon start. Masa tu tak ramai org pon, cuma ada 4 table je termasuk kitorang berdua. Tengah makan tu, "tuuupppp" lampu terpadam. Sekali staff papa john semua kelua dari dapur bawak kek birthday and nyanyi untuk aku. Dorang semua dah keluar, semua yang ada kat situ nyanyi sekali. Meraikan sekali agaknye. Ya Allah masa tu aku menangis. Terharu. Semua ada. Rasa macam nak peluk somi dah masa tu. Nangis dekat dada dia. Terharu giler sebab tak pernah langsung aku dapat surprise camtu dari sesape seumur hidup aku. Dapat pan pizza free siap tulis happy birthday lagi. Lepas lampu dah bukak balik, kitorang potong pizza tu bagi dekat each table. Sedekah kan elok. Lepas kenyang makan, sebelum gerak tu, ada family tu suruh anak dia bagi chocolate ferrero as birthday gift dekat aku. Malu tak terkata masa tu, Allah je tahu. Settle makan, kitorang jalan untuk tunggu wayang pulak. Heeee. Itulah dia cerita romantik husband and wife yang aku janjikan dekat korang untuk update. Nah gambar sekitar birthday tu.









Thursday, 22 January 2015

Caliph Buskers

Petang ni nak buat sketsa ala-ala sadiss sikit. (Ececeh taklah sedih sangat pon). Just nak luahkan rasa bangga dengan satu group yang hangat diperkatakan sekarang ni. CALIPH BUSKERS. Aku taknak pon komen pape pasal isu tentang aweera dibuang ke apa ke. Lantak dorang lah, bukan masalah aku. Hahaha. Caliph buskers ni melonjak naik lepas dorang nyanyi untuk AJL 29 baru-baru ni. Aku masa mula dorang ni menyanyi atas pentas tu aku dah mula suka dorang ni.

Paling menyentuh hati, masa vokalis dia masuk chorus part tu. Ya Allah, terus aku menangis weh. Bukan menangis apa, aku macam terfikir sekejap. Inilah dia kuasa Allah kan, Allah bagi dorang anugerah yang kita sendiri tak terfikir dek akal untuk gantikan kekurangan diri dorang. Masa tu aku dok fikir dorang ni cuma boleh mendengar sorakan yang kuat dalam dewan tu. Kalau lah dorang boleh nampak sorakan dan semangat yang diberikan dekat dorang, mesti dorang bangga. Indahnya percaturan Allah. Thankyou untuk Edri sebab dah mengenengahkan group Caliph Buskers ni yang pada asalnya dorang hanyalah penyanyi depan-depan shopping mall dekat area KL tu. Apapun aku sokong dorang ni. Lagu Romancinta pon dah diperbaharui oleh mereka-mereka yang sangat istimewa bagi aku.



Friday, 9 January 2015

Skincare

Hi ! Ok nak sambung entri semalam. Malas nak tangguh lagi dah sebabkan orang yang tanya tu still bertanya lagi. Nah ni spesel untuk kau tau. Hehehe. Sesiapa yang ikuti perkembangan persiapan kahwin me tu, nanti free sikit me update lagi yek. Mek, baca ni!

Actually aku sebelum ni pakai skincare daripada Klinik Kulit Pakar KO. Agak pemes jugak klinik ni tapi duit pun macam air lah jugak nak membayor nya. Lepastu macam mana entah aku try pakai produk yang ibu bawak balik haritu. So ni baru je start pakai yang lain pulak tapi harga untuk satu set lebih kurang je pun, tak jauh beza. Hahahaha. Aku keep on dengan yang ni sebab ni: (baca yang kotak merah tu)


So ini produk2 nya :
1) Cleansing set


Product Clinelle, brand dari negara mana pun aku lupa dah. Tapi carik je dekat Guardian tu sure ada. Farmasi pun banyak tau. Watsons tu tak pasti pulak. (Cariklah sendiri) hehehe. Cleansing ni ada 3 jenis ok which is Cleansing Gel (yang pencuci muka daily), Scrub, and Cleansing Milk. Tapi yang milk punya aku tak pakai sebab banyak sangat nak pakai nanti dah susah pulak kan. Untuk scrub tu pakai cuma seminggu sekali ya! Jangan pulak pakai daily, nanti habis sopak-sopak muka kau aku tak tanggung. Sebab scrub ni dia pakai setiap hari boleh buka liang roma muka korang tu. Haaaa so make sure seminggu sekali tau!

Note : Kalau dah beli scrub ni, belilah sekali dengan mask dia. Ada mask clinelle ni sebab lepas dah pakai scrub, pakai mask. Nanti mask tu akan tutup balik liang-liang pori yang terbuka dek kerana scrub tu. Tapi aku tak beli sebab tak rajin heheh. Aku buat mask sendiri jek.

2) Toner, Moisturizer, sunblock


Ok part ni pulak. Untuk toner, ada 2 jenis tapi aku lupa yang 1 lagi tu ape. Moisturizer pun ada 2 jenis jugak, 1 yang aku punya ni. Satu lagi moisturizer booster. Masa set trial tu aku beli dua2 terus. Bila dah beli terus product ni aku beli 1 jelah. Belilah ikut keperluan muka kau, jangan lak tamak beli semua. Tutup orange tu sunblock dia. Botol dia memang kecik cinonet camtu je, so aku pakai bila nak keluar je. Yang best sunblock ni dia boleh re-apply tau! So kalau kecik camtu, mudah kau masuk dalam beg kau, bawak pegi mana-mana. Sebab tu aku suka handbag besar gerobok, semua benda boleh masuk (tak kait. hahaha)

3) Blackheads, blemish clear, eye bright


Yang 3 items ni add on je senang citer. Ini ikut keperluan jugak. Macam aku, terlalu banyak jerawat pasir. So nak picit memang takleh, aku pakai blemish clear. Itu aku apply 3 kali sehari. Lepas zohor, Lepas asar, dan sebelum tidur.

Untuk eye bright tu, untuk hilangkan panda eye, ataupun eye bag yang macam nak rak londeh tu sampai kecoh sekampung. Hehehe. So apply eye bright tu lepas apply moisturizer semua alah tu.

Blackheads pulak, untuk yang muka banyak blackheads. Macam aku tak banyak, cuma part hidung je. Itu aku pakai pore packs je senang. Jimat duit aku! Ok dah tu je, sekian celoteh aku untuk segment petang ni. Chau Shin Chiiiii

Thursday, 8 January 2015

Facial Treatment

Harini akan ada tiga entri updated. First tadi pasal new year wishes. Sekarang ni nak share tips-tips yang me buat setiap hari untuk body and paling penting muka. Next entri nak share pasal skincare yang aku guna. Ok first, kenapa perempuan ni typical sangat kalau melibatkan muka??? Ini lelaki kena tahu. Dan para suami kena spend duit lebih sikitlah yek. Hehehehe. Sebab muka kan adalah part utama yang orang akan lihat. Kalau pergi pasar sekalipun, perempuan akan tonyoh muka dorang atleast bedak atau yang agak teruk sikit muka, dorang akan sapu bb cream / foundation camtu lah. Ok ni tips untuk perempuan nak muka smooth, glowing dengan modal terlalu ciput.

1) Mineral Water



Ini paling penting untuk badan. Bukan untuk muka je. Suka minum ? Tipu ! Orang yang betul-betul disiplin je akan kerap minum dan akan bawak botol mineral water tu everywhere. Haaa nak membongak lagi? Ok, kenapa aku cakap ni penting. Fungsi utama mineral water ni adalah untuk membantu proses pembuangan toksin dalam badan-badan korang tu. Minum mineral water ni atleast 2 liter sehari ok bukan 2 kali sehari. Korang try dulu minum, kalau ada yang kerap buang air kecik ataupun ada setengah tu jerawat tetibe banyak keluar dekat muka. Itulah proses nak buang toksin kau. So teruskan lagi minum tau.


2) Wipes Tissue


Ini penting jugak bagi aku. Nak tahu kenapa?? Kalau seharian korang duduk rumah kan, atleast akan sapukan toner dari produk muka korang. Betul? Atau yang keje seharian, mesti dah berbelas lapis cream korang tonyoh dekat muka korang. Betul? Dengan berbelas lapisan yang korang tonyoh tu, sikit ruang udara pun takde untuk kulit korang bernafas. Tapi ape boleh buat, untuk penjagaan daily kan. Dari kena sinaran UV yang boleh merosakkan muka korang yang dah sedia kala cantik tu. So sebelum korang solat zohor, nak basuh mekap atau krim yang ditampal berlayer layer tadi tu, eloklah kiranya korang lap dulu muka korang dengan wipes cemini yek. Ini contoh yang aku punya, tapi sumber dari Mr.Google lah. Carik dekat guardian pun ada. Kalau yang guna baby wipes tu, make sure korang carik yang ada tertulis untuk hands and face macam dekat atas tu. Sebab tak silap aku pH bagi wipes untuk pompom baby dgn untuk tangan and muka tu difference tau! Tips yang ni aku pun aku tahu dari instagram nana mahazan.

3) Hand Sanitizer


Ini wajib ada untuk skin yang sangat sensitif (macam hakak). Both ni pun yang aku pakai sampai harini. Sebab dalam sejam, korang taktau apa yang korang pegang kan. Lepastu tau tau je nak tenyeh muka. Gatal sangat tangan tu kan. So benda ni kena ade 2 botol. 1 aku akan letak dalam make up organizer kalau nak travel ke mana-mana. Kalau duduk rumah, atas meja solek akulah. Another 1 aku akan letak dalam beg tangan aku. Pergi carik kat farmasi jugak. Bohong berat ! Botol ni tak besar mana pun. So kalau aku dekat luar, dating dengan encik suami. Dalam kereta aku suka tengok side mirror kalau idham bukak tingkap. Kalau ada jerawat dekat muka, aku akan pakai ni dulu baru aku sentuh muka dengan yakinnya! Hehehe. Benda ni lepas pakai tak payah basuh dengan air. Ni pun dah macam air  dah. Even dekat rumah pun lepas aku buat kerja rumah, kalau tak ke toilet basuh tangan before lap muka.

4) Alat memicit jerawat


Alat memicit ni pun boleh dapat dekat guardians. Alat ni memudahkan korang untuk picit jerawat yang dah masak tu tanpa menggunakan tangan. Sebab kadang guna tangan, lepas dah picit jerawat dekat 1 tempat, korang pergi merayau lak tangan tu dekat tempat lain. Dah bakteria yang dekat tangan tadi tu menyinggah dekat tempat baru. So alat ni 97% untuk prevent dari bakteria tu merebak merata-rata. (Sumber gambar Mr.Google)

5) Non-chemical skincare

Yang ini aku pakai dari klinik kulit punya. Klinik KO. Kalau nak cakap mahal tu memanglah! Orang banyak duit je boleh masuk dan pakai produk dari klinik dorang ni. Tapi sekarang aku tak pakai lagi dah sebab kesian dekat Idham. Nanti next entri aku akan story pasal skincare yang aku pakai. Baru je lagi tukar, Alhamdulillah better than yang klinik KO punya. Harga lebih kurang je, tapi yang sekarang ni non-chemical. Kenapa non-chemical? Kalau produk korang tu dari bahan chemical, itu akan menghakis kulit korang tanpa sedar. Auchhh ! Maybe sekarang selesa dengan produk camtu sebab muka akan automatik cantiklah. Memang tak tipu. Tapi impak dia masa tua korang. Aku dah banyak buat research pasal bahan chemical on skincare product tau.

6) Treatment

Yang ini mungkin korang kena pergi sebulan sekali atau sebulan 2 kali untuk make sure kulit korang dijaga rapi. Ok yang ini aku still dengan klinik KO lah sebab itu je satu-satunya klinik yang sesuai dengan skin muka aku. Yang ini kalau tak mampu, korang google je. Cara tradisional banyak, modal pun tak banyak keluar. Sebab sekarang ni pun cerita pasal bajet ciput kan. Ala sekarang zaman IT lah, semua benda dalam perut Mr.Google.

7) Kolagen


Kolagen ni korang kena lah start consume sejak umur korang 20tahun. Sebagai penjagaan untuk muka nampak tua lebih lambat. Takde lah tua sebelum usia. Ini ibu yang bagitau. Sebab ibu pakar kecantikan personal. Hahahaha! Dari dulu sampai kahwin ibu akan titik beratkan muka tau. Aku consume collagen BVR. Yang ni tak mahal pun, murah je. RM5+ dah boleh dapat tau. Tapi takkan sampai RM100. Botol dia pun comel loteh je. Yang ini aku tak sure ada dekat pasaran luar ke tak sebab aku selalu beli online je.

8) Supplement


Last sekali supplement. Aku consume Vitamin C with 1000mg Rosehip Extract. Vitamin C ni sangat bagus sebab kandungan untuk sebiji tablet tu dah memadai daily supplement korang. Kebaikan rosehip pun elok sangat untuk kulit. Yang ini aku jual (saja promote). Cuma RM60 sebotol je. Korang kena cuba jugak tau. Nak tengok testimoni customer aku sendiri, boleh pegi visits instagram aku @fatinjai_kiosk sekarang. Sekian sahaja tips aku untuk korang. Muah cikeddd

NEW YEAR 2015

Mek petang ! Sempat lagi kan nak wish happy new year. Baru berapa hari lepas, bulan Januari pon tak habis lagi so masih sempat lah. Ok itu je! Azam tahun ni ape yek? Azam tahun lepas lepas pon tak pernah tercapai lagi. Sampai takde azam dah agaknya. Tapi takpe lah, azam tahun 2015 ni nak jadi pengerang jantung kepam kepam untuk encik suami, Mohd Izza Idham. Alhamdulillah makin hari makin sayang anje itew tuuu ! Hikssss *tutup mulut*


Selamat tahun baru dari kami Hubby and Wifey yang sentiasa poyo dan berlagak comel bila berselfie.


Juga dari kami sekeluarga yang baru nak bercambah ahli. Hehehe. Belum ada rezeki nak bagi cucu untuk ibu and ayah, anak buah untuk adik, dan hadiah paling bermakna setiap perkahwinan (anak) untuk Idham. Takpe, baby tu nak suruh kita bercekarama dulu berdua kan.


Juga dari kami keluarga yang memang dah bercambah-cambah. Kahkah! Awal tahun lepas bawak Idham join family day sebagai tunang. Baru-baru ni bawak Idham yang dah officially jadi part of family. Muah cikeddd. Peace semua!!