Tuesday 9 July 2013

Kerinduan teramat.


Ahmad Syafiq Fikri bin Mohd Zailani meninggal dunia pada 29 Julai 2010. Satu-satunya abang yang ada dalam keluarga. Seorang yang baik, penyayang, terlalu mengambil berat. Telatah, senyuman, suara, dan perwatakannya membuatkan hati ni terlalu merindui saat bersama, kenangan manis dan kenangan pahit seorang abang kepada seorang adik. Walaupun telah meninggalkan kami 4 tahun lalu, tapi kehilangannya masih dirasai. Tujuan entri bukan untuk meratapi ataupun tangisi permergian arwah tapi untuk melepaskan rindu, sebak yang terlampau. Untuk kali keempat menjalani ibadah puasa tanpa seorang abang, bagaikan tak lengkap keluarga kami. Terlalu lama tak menyinggah rumah kekal arwah ni, dan ini yang terbaru diambil oleh ibu dan ayah. Terubat sikit kerinduan yang ditanggung. Sempena bulan ramadhan ni, harapan aku untuk mimpikan arwah. Walaupun cuma sekali. Akhir sekali, semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.


Monday 8 July 2013

Muhasabah Diri

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab kepada Allah Taala dan rasul-Nya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga, manusia merasakan diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:
Setiap yang berjiwa(yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185)
Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam. Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119)
Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka dberiman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:
Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (Surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:
Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnye. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelemahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).